suria

[VIDEO] Azal ‘lamar’ Neera Azizi hanya lakonan, cara Zarina Zainuddin latih anak autism lebih berani dan berdikari

Netizen bimbang hati Azal terguris walau sekadar lakonan.

PELAKON Zarina Zainuddin menerima kecaman segelintir netizen selepas dia memuat naik video anaknya Muhammad Raizal Azrai atau Azal 'melamar' Neera Azizi ketika sedang berada di sebuah lokasi penggambaran drama.

Meskipun ia hanya sekadar lakonan, ada menganggap Zarina tidak sensitif dengan keadaan Azal yang menghidap autism tahap sederhana dan ia boleh memberi kesan gangguan emosi terhadap anaknya itu.

Menerima setiap teguran dengan hati terbuka, bagi Zarina cara sebegitu adalah satu pendedahan untuk Azal lebih berani dan berdikari.

"Saya rasa ia terlalu serius dan bukan mahu mainkan perasaan dia (Azal). Sebagai ibu pastinya saya mahu menjaga hati anak. Saya mahu latih dia berdikari dan yakin.

zarina zainuddin 2

Zarina ditegur kerana tidak sensitif dengan anak autism.

"Saya tahu sejauh mana hendak pergi dan apa yang boleh dilakukan. Azal pun dah reda soal jodoh dan dia tahu dirinya bagaimana," katanya.

Dalam video tersebut, Azal dilihat menyarungkan cincin ke jari manis Neera selepas melamar pelakon itu untuk dijadikan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kongsi detik cemas tayar pecah di lebuhraya, Zarina Zainuddin paut stereng sekuat hati elak lori

ARTIKEL BERKAITAN: Peluk cium anak bujang, Zarina Zainuddin ditegur supaya jaga batas - “Anak saya tak ada nafsu yang begitu”

Tindakan Azal itu disambut dengan gelak tawa orang sekeliling dan Neera sendiri dalam satu perkongsian di Instagram menegaskan ia hanyalah sekadar lakonan.

Dalam masa sama, Zarina juga memberitahu dia punya cara tersendiri dalam mendidik anak istimewanya itu supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik.

"Terima kasi atas komen dan ingatan. Ada yang marah dan menegur dan dari situ saya akan perbaiki kesilapan.

Sebagai ibu pastinya saya mahu menjaga hati anak. Saya mahu latih dia berdikari dan yakin

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

"Cuma saya ingin beritahu saya lebih kenal anak sendiri dan autism ini luas. Tidak ada yang sama antara satu dengan lain. Saya ada cara mendidik mengikut situasi sekeliling.

"Azal bukan 100 peratus normal tetapi saya melatih dia sekurang-kurangnya menjalani 80 peratus normal dan menjalani kehidupan yang sihat dari segi mental serta fizikal," ujarnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, netizen meminta Zarina tidak lagi merakamkan video sebegitu kerana bimbang apa yang dilakukan boleh melukakan hati Azal.

zarina zainuddin 3

Azal (kanan) mempunyai pasangan kembar iaitu Azil yang juga menghidap austism.

"Tak kelakarlah. Tak sweet pun. Jangan bawa bergurau perkara macam ini. Kesian budak tu. Apa punya mak? Siap post lagi.

"Tak bagus buat gurauan, anak-anak autism sangat sensitif. Mereka pun ada naluri macam orang normal.

"Pemikiran dia tidak sama dengan kita yang normal. Andai dia benar-benar rasa suka, bukankah sudah mengguris hatinya," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain