suria

Bapa tak tahu Adibah Noor hidap kanser, pergi ziarah hospital ketika sakit tapi tutup mulut

TIADA kata yang dapat digambarkan oleh bapa kepada Allahyarham penyanyi Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin atas pemergian anak ketiganya itu.

Reda dengan takdir Allah, Omar yang kini berusia 89 tahun berkata dia langsung tidak mengetahui tentang penyakit kanser ovari yang dihidap Adibah.

Bagaimanapun, Omar enggan bercerita lebih lanjut mengenai arwah anak perempuannya yang sudah tiada.

"Anak saya nombor tiga tu... kalau Tuhan nak pilih dia, nak ambil dia, ambil la. Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)... dia tak beritahu. Saya pergi hospital, dia tak beritahu pun.

Bapa adibah

Bapa Adibah yang kini berusia 89 tahun.

"Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada," kata Omar kepada media.

Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan difaham sudah lama mengidap kanser ovari.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Onn ralat Adibah Noor jauhkan diri, tak tahu arwah derita kanser... Terkenang sikap pemurah suka belanja makan

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Adibah Noor selamat disemadikan dengan diiringi ratusan rakan dan penggiat seni

Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)... dia tak beritahu.

MOHD OMAR

BAPA ADIBAH NOOR

Jenazah Allahyarham penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.

Tidak mampu berbicara lebih panjang dengan keadaan tidak bermaya, Omar memberitahu anaknya sentiasa taat kepada ibu bapa dan Allah.

"Dia seorang anak yang taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu. Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita... tak larat," ujarnya.

Adibah

Adibah merahsiakan penyakitnya daripada keluarga.

Terdahulu, rakan selebriti yang rapat iaitu Linda Onn mendedahkan Allahyarham seorang yang pemurah dan tidak pernah berkira dalam soal membayar makan ketika keluar bersama.

Malah, ramai rakan-rakan selebriti yang memuji keperibadian arwah Adibah yang dianggap seorang yang baik hati serta ikhlas dalam segala apa yang dilakukan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain