suria

“Bukan suami awak tepuk punggung saya!” - Ifa Raziah kata aksi goyang buntut cara hiburkan diri sendiri

Aksi tepuk punggung Ifa dan rakan-rakan dikecam hebat.

HANYA gurauan... Itu reaksi penyanyi Ifa Raziah terhadap video tepuk punggung bersama rakan usahawan yang tular hingga menerima kecaman netizen.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha menganggap aksi yang dilakukan itu adalah perkara biasa setiap kali mereka berjumpa.

"Kami tidak buat perkara yang melampau. Bukannya saya berbogel atau selak kain sehingga nampak bahagian yang tidak sepatutnya.

"Video tersebut hanyalah sekadar gurauan antara kami apabila berjumpa. Itu cara kami gembirakan diri sendiri," katanya kepada mStar.

ifa raziah 2

Ifa anggap video tepuk punggung hanya gurauan.

Sebelum ini, aksi tepuk punggung Ifa Raziah bersama rakan usahawan Datun Seri Vida dan Kak KM atau Liana Rosli menjadi tular dan menerima kecaman netizen.

Rata-rata menganggap perkara itu sebagai tidak bermaruah dan memalukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak jadi? PU Amin tegur aksi Kak KM tepuk punggung... Malu anak-anak jadikan ikutan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sudah 7 tahun terima gelaran Datuk, Ifa Raziah tak pakai sebab takut susah dapat tajaan

Malah, pendakwah bebas PU Amin turut menegur perbuatan berkenaan yang bimbang menjadi ikutan anak-anak.

Sedar aksi tersebut dirakam dan dimuat naik di sosial media, Ifa berkata, apa yang dilakukan itu dibuat atas persetujuan bersama.

"Aksi itu juga dirakam atas persetujuan bersama.

Bukannya saya berbogel atau selak kain sehingga nampak bahagian yang tidak sepatutnya

IFA RAZIAH

PENYANYI

"Setiap orang yang menonton video tersebut ada pandangan mereka sendiri. Saya tidak boleh halang apa yang mereka mahu katakan," ujarnya.

Sementara itu, Ifa juga menolak kononnya perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah kaum wanita.

Dia juga tidak membaca sebarang komen kecaman yang boleh menjejaskan emosinya.

ifa 3

PU Amin (kiri) turut menegur perbuatan Ifa memalukan.

"Rasanya ada juga wanita lain yang buat aksi sama seperti mana kami lakukan. Apa salahnya video tersebut?

“Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita.

"Terima kasih kerana viralkan video tersebut. Saya tidak membaca sebarang komen kecaman di media sosial kerana malas nak layan," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain