suria

[VIDEO] Sudah 7 tahun terima gelaran Datuk, Ifa Raziah tak pakai sebab takut susah dapat tajaan

TUJUH tahun menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, namun penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia lebih selesa menggunakan nama pentas.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, berkata, gelaran tersebut tidak memberi kelebihan kepadanya dalam bidang seni mahupun perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Pertikaikan Gelaran Datuk Saya" - Ifa Raziah

ARTIKEL BERKAITAN: Isu tak tutup aurat tetap dijemput tunai umrah, Ifa Raziah kesal video disunting jadi fitnah... Terima teguran ustazah

Malah, Ifa yang juga seorang penyanyi dangdut ini secara berseloroh berkata dia akan mengalami kesukaran untuk memohon tajaan sekiranya menggunakan gelaran tersebut.

Ifa Raziah

Ifa selesa guna nama pentasnya tanga gelaran Datuk.

"Sebab dah lama dah... daripada tahun 2016, saya terima gelaran itu dari Perak. Waktu itu memang dah keluar ura-ura mengenai perkara itu cuma saya tidak mahu menggunakan gelaran itu.

"Saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah... saya dapat gelaran itu pun atas nama Saripah Raziah Mustapha. Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa nak kenal.

"Jadi, sekarang tetap gunakan nama pentas ‘Ifa Raziah’. Bagi saya, tak ke mana pun pangkat ini sebab kita sama saja. Lagi susah saya nak minta tajaan," katanya kepada mStar.

Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa nak kenal.

IFA RAZIAH

PENYANYI DANGDUT

Ifa ditemui di sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grand Malaysia Bazaar, Bukit Bintang City Central (BBCC), Kuala Lumpur pada Rabu.

Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos 2016, Ifa mengakui darjah kebesaran Ahli Setia Diraja yang diterima daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia dan tidak perlu dipersoalkan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Terus Terang ini turut memberitahu dia tidak mahu menggunakan gelaran tersebut kerana enggan dianggap seperti sudah menjadi jutawan.

Ifa Raziah

Ifa akui dirinya sememangnya gila glamour.

"Bagi saya, ramai saja individu bergelar Datuk tapi bukan jutawan. Sebab itu saya tidak mahu gunakan gelaran Datuk... saya belum lagi jutawan.

"Biar orang nampak dan menilai hasil kerja saya. Lagipun, saya lebih suka dan selesa panggil nama saya Ifa Raziah. Tapi kalau untuk acara atau majlis rasmi, boleh la guna gelaran Datuk," ujarnya.

Sementara itu, Ifa turut mengakui dia sememangnya seorang yang ‘gila glamour’ dan tidak kisah dengan kecaman atau kritikan daripada netizen.

"Memang saya gila glamour dari awal menjadi artis. Bila masa yang saya tidak gila glamour? Orang tak suka kita tapi nak tahu... haters ini benci, hina dan carut tapi tetap follow saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain