suria

Semakin kurus! Adibah Noor amalkan 6 suap setiap kali makan… Jaga kesihatan kerana faktor usia

Adibah berjaya turunkan berat badan dengan amalan diet sendiri.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Adibah Noor yang dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

Adibah, 52, yang berkongsi foto terkini di Instagram pada petang Rabu menerima pelbagai respons netizen yang kagum dengan imej baharunya itu.

Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan cara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor syukur akhirnya dapat bayar hutang hasil wang menang GV8, masih kumpul duit untuk langsai semuanya

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah kemenangan RM20,000, Adibah Noor nak bayar hutang dan tebus barang kemas

"Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia.

"Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.

Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia

ADIBAH NOOR

PENYANYI

"Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja," ujarnya kepada mStar.

Berkongsi amalan permakanannya, Adibah berkata, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badannya seperti sekarang ini.

"Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.

adibah noor 2

Adibah elak mengambi makanan diproses.

"Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.

"Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Adibah Noor, Gegar Vaganza 8, GV8

Artikel Berkaitan

Artikel Lain