suria

Pakai kereta mewah, kakak Asif tak tahan dituduh ‘makan’ duit adik

Kakak Asif kesal dituduh makan duit adik.

KAKAK bintang YouTube Asif Suhaimi iaitu Nurul Atina Suhaimi menegur tindakan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan duit remaja istimewa itu.

Atina yang juga seorang usahawan tudung itu meluahkan rasa kesal apabila terdapat netizen yang mendakwa dia menggunakan duit adiknya untuk memberi kereta mewah dan menumpang populariti pelakon Drama Spontan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Asif sempat bergurau dengan wartawan, kongsi perasaan jadi pelawak popular sambil urut dada - “Rasa berdebar dap, dap, dap...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Abah... kenapa abah?” - Ini cerita sebenar kemelut Asif dan Syahmi, status bayaran berlakon 'Drama Spontan' juga sudah jelas

Menurutnya lagi, individu yang membuat tuduhan itu seolah-olah mengenali siapa dirinya.

"Kakak dia ni tumpang populariti adik je, kakak pakai kereta mewah tu makan duit adik dia tu.

Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan

NURUL ATINA

KAKAK ASIF

"Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku," ujarnya.

Menerusi tinjauan mStar Atina menggunakan kereta jenis BMW berwarna putih.

Dalam pada itu, Atina berkata dia menyekat individu yang meninggalkan komen-komen sedemikian.

asif1

Asif popular dengan Drama Spontan.

Tambahnya lagi, kata-kata negatif seperti itu kadang-kala menggores hatinya, namun menyedari terpaksa berdepan dengan perkara berkenaan.

"Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan," tulisnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan meminta wanita itu agar mengabaikan kata-kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain