“Abah... kenapa abah?” - Ini cerita sebenar kemelut Asif dan Syahmi, status bayaran berlakon 'Drama Spontan' juga sudah jelas

Asif mula popular dalam kalangan netizen selepas membintangi Drama Spontan di saluran YouTube Syahmi Sazli. -Foto SIA HONG KIAU

KEMELUT antara bintang YouTube, Syahmi Sazli dan remaja autisme, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif berhubung isu bayaran dan kebajikan sebenarnya berpunca daripada salah faham.

Akui kakak kepada Asif iaitu Siti Nur Atina Suhaimi, 30, tindakannya bersuara menerusi media sosial bagi mempersoalkan hak adiknya tanpa mendapatkan maklumat yang jelas daripada Syahmi menjadi punca kepada konflik berkenaan.

"Untuk pengetahuan semua saya dan Asif adalah adik-beradik sebapa, kami berlainan ibu. Memang saya tiba-tiba muncul untuk pertahankan hak Asif, tapi bukan kerana mahu tumpang senang.

ARTIKEL BERKAITAN: Asif gemar berlakon tapi sukar hafal skrip, Syahmi Sazli muncul idea 'Drama Spontan'

"Saya bertindak menyuarakan haknya selepas bapa kami mengadu bahawa sudah beberapa bulan dia tidak menerima bayaran untuk Asif daripada Syahmi.

"Itu maklumat yang saya dapat daripada bapa kami. Logiknya Asif adalah di bawah tanggungan bapa, jadi dia lebih tahu mengenai pendapatan adik saya itu," kata Siti Nur Atina atau Tina kepada mStar.

Tina memohon kepada Syahmi selepas menyedari kemelut ini berpunca daripada bapanya.

Isu ini timbul selepas Tina memuat naik beberapa kenyataan dan paparan skrin menerusi Instagram Asif iaitu @asifsuhaimi02 dengan mempertikaikan tanggungjawab Syahmi selaku majikan kepada remaja berkenaan.

Asif mula terkenal dalam kalangan netizen selepas membintangi Drama Spontan menerusi saluran YouTube milik Syahmi.

Bagaimanapun susulan daripada isu berkenaan, Syahmi memberi bayangan bahawa Asif berkemungkinan tidak lagi berlakon di dalam Drama Spontan.

Keputusan untuk Asif muncul dalam Drama Spontan hanya akan ditentukan oleh bapanya, Suhaimi.

Sementara itu menjelaskan lanjut mengenai konflik berkenaan, Tina berkata dia sudah mendapatkan penjelasan Syahmi dan bapanya sendiri bagi mengetahui mengenai kedudukan sebenar.

"Abah mengaku memang Syahmi ada buat bayaran sebanyak RM200 untuk Asif, duit itu diberi kepada abah untuk simpanan. Mana duit itu pergi, tak perlulah saya ceritakan secara lanjut.

"Tanpa sedari rupa-rupanya abah yang putar belit cerita. Semua saudara mara tahu bahawa abah mempunyai masalah peribadi dan semua salah faham ini berpunca daripada dia.

Tanpa sedari rupa-rupanya abah yang putar belit cerita. Semua saudara mara tahu bahawa abah mempunyai masalah peribadi dan semua salah faham ini berpunca daripada dia.

Siti Nurul Atina Suhaimi

Kakak kepada Asif

"Saya sudah pun memohon maaf dan Insya-Allah saya akan membawa abah untuk bersemuka dengan Syahmi dan isterinya, Anissa untuk berbincang mengenai isu ini," katanya.

Sebelum ini isteri Syahmi iaitu Anissa Faizul turut menjelaskan bahawa selain bayaran RM200 yang diberikan kepada bapa Asif, pihaknya juga 'membayar' hasil kerja remaja itu melalui tanggungan perbelanjaan barang dapur, keperluan harian dan pakaian.

Syahmi Sazli, Asif, Drama Spontan

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain