suria

Hubungan dalam rumah tangga berubah, Ellie Suriaty dapat rasa Azri Iskandar ada perempuan lain

Ellie sudah merasakan perubahan ketara dalam rumah tangga sebelum ini.

KEPUTUSAN pelakon Azri Iskandar untuk kembali berkahwin bukanlah satu berita yang mengejutkan buat bekas isterinya iaitu Ellie Suriaty.

Menurut Ellie, 52, keputusan untuk menfailkan cerai terhadap Azri sebelum ini juga adalah kerana dia merasakan bekas suaminya itu ada hubungan dengan wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty, Azri Iskandar sah bercerai... Tiada lagi keserasian selepas 19 tahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar masih keliru, cuba sesuaikan diri jadi seorang duda... Tak tolak jika rujuk semula dengan Ellie Suriaty

"Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak hal ini. Sebab itu hati saya benar-benar tekad untuk tarik diri dari perkahwinan ini. Saya sudah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.

"Apabila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukan dengan saya lagi," katanya seperti yang dipetik dari Getaran.

Tambah Ellie lagi, dalam tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun, dia seakan sudah dapat menghidu setiap gerak-geri bekas suaminya itu.

Naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan ketara

ELLIE SURIATY

PELAKON

Dalam masa sama, Ellie juga enggan ambil pusing dengan pilihan baharu Azri dan kini lebih memberi fokus kepada anak-anak serta kerjaya.

"Naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan ketara. Lagipun kami bukan baru kahwin setahun dua.

"Saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu bahawa saya tahu apa yang dia lakukan di belakang saya.

ellie 22

Ellie dan Azri sah bercerai pada Mei lalu.

"Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini," ujarnya.

Kurang sebulan tempoh perceraian Azri mengumumkan dia sudah bertemu pengganti dan bakal berkahwin dalam masa terdekat dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Dr Azra Diera.

Menerusi laporan mStar, Azri mengakui bertemu dengan wanita tersebut selepas 12 hari bercerai dan menafikan ia menjadi punca perpisahan dengan Ellie.

Untuk rekod Ellie dan Azri disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 17 Mei lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ellie Suriaty, Azri Iskandar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain