suria

Kak KM beli rumah banglo RM5 juta, syukur akhirnya doa dimakbulkan... Minta netizen sibuk kecam tutup IG

Kak KM berjaya miliki rumah banglo pertama hasil usaha dalam perniagaan.

DI SEBALIK kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah lot banglo, usahawan sensasi Kak KM juga tidak terlepas daripada kecaman apabila dia dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial.

Enggan ambil pusing dengan kecaman netizen itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berharap apa yang dikongsi itu dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM rimas artis suka sorok wajah anak baru lahir, tak perlu takut kena santau kalau niat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM ‘block’ Normah Damanhuri di IG... Risau ibu murung dituduh tak pandai jaga anak!

"Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

"Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.

"Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja," katanya kepada mStar.

Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu

LIANA ROSLI

USAHAWAN

Bagaikan tidak dapat lari daripada kecaman, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini berkata sudah lali dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan.

"Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.

"Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain," ujarnya.

kak km 2

Kak KM tak hirau kecaman orang.

Bercakap tentang banglo mewah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu, Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak tahun lalu dan dia baharu sahaja menerima kunci rumah secara rasmi pada Ahad.

Kata Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum berpindah dan menetap di sana.

"Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

"Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain