suria

Ada pihak cuba laga-lagakan keluarga Aiman Tino, ibu beri amaran henti reka cerita tidak benar... Enggan konflik lama berulang

Ibu Aiman mohon henti sebar berita tidak benar.

ENGGAN konflik dalaman membabitkan keluarga berulang lagi, ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil berharap tiada mana-mana pihak cuba mereka-reka cerita tidak benar sehingga boleh menimbulkan perselisihan antaranya dengan anak.

Kata Hazelina atau Riena, 46, orang luar terlalu mudah menyebarkan cerita tidak benar sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku dalam keluarganya itu.

"Bukan pertama kali berlaku perkara sebegini apabila ada orang yang cuba melaga-laga saya dan Aiman dengan cerita yang tidak benar. Mereka sengaja reka cerita sedangkan tidak tahu apa yang berlaku dalam keluarga kami.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aiman Tino dah balik rumah, akui silap diri sendiri - “Isunya sebab saya lupa call semula dan balas mesej ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: 10 ahli keluarga Aiman Tino positif Covid-19, kesihatan ibu merosot akibat asma - “Seksa sangat batuk ni... susah nak bernafas”

"Baru-baru ini ada pula yang beritahu kononnya Aiman sekarang sedang bercinta. Saya tidak tahu kenapa pihak tersebut sengaja berbuat demikian seolah-olah mahu menjadikan ia isu dalam keluarga.

"Bagi saya, Aiman sekarang sudah besar dan dia berhak untuk membuat pilihan sendiri," katanya kepada mStar.

Riena sebelum itu memuat naik status di laman Instagram miliknya meluahkan rasa bengang apabila ada pihak seakan-akan mahu melihat dia dan anaknya itu bertelagah.

aiman tino 3

Keluarga Aiman.

"Jangan cuba nak bagi ibu dan anak ini bergaduh. Sebelum saya buat laporan polis, sila berambus! Saya sayang anak saya," luahnya.

Dalam pada itu, Riena memberitahu konflik yang berlaku antaranya dengan Aiman sebelum ini disebabkan fitnah orang luar.

Gara-gara cerita tidak benar itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu tidak pulang berhari raya pada tahun lalu.

Justeru itu, Riena mengambil keputusan untuk tidak lagi terlalu terbuka bercerita mengenai hal keluarga dan akan lebih berhati-hati meluahkan perasaan dengan orang lain.

Jangan cuba nak bagi ibu dan anak ini bergaduh. Sebelum saya buat laporan polis, sila berambus! Saya sayang anak saya

HAZELINA MAT JALIL

IBU AIMAN TINO

"Tahun lepas kami tidak dapat beraya sama gara-gara mulut orang. Memang sedih rasanya. Syukur sekarang hubungan keluarga kami baik sahaja dan saya tidak mahu perkara sama berulang lagi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati untuk bercerita hal keluarga. Bagaimanapun saya tahu orang akan sentiasa nak korek cerita melalui sosial media.

"Masing-masing ada keluarga sendiri, jadi tak perlulah nak sibuk masuk campur urusan orang lain. Saya faham Aiman adalah seorang artis, namun jika cerita keluarga yang tidak diketahui ramai tidak perlulah diperbesarkan," jelasnya.

aiman tino 2

Selain kerjaya seni, Aiman juga sibuk bantu perniagaan keluarga.

Berkongsi perkembangan terkini Aiman, Riena memberitahu anaknya itu kini sibuk membantu menguruskan perniagaan keluarga.

"Apabila cerita keluarga saya diperkatakan sebelum ini memanglah rasa terkejut. Dahsyat juga kecaman yang diterima ketika itu. Namun ia memberi saya pengajaran dan kini lebih matang berhadapan dengan situasi begitu.

"Aiman kini sibuk membantu mempromosikan perniagaan keluarga kami. Syukur semuanya kembali baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain