suria

Berpecah dua kumpulan tapi guna nama sama, Din dakwa mereka Search sebenar... Vokalis baharu pula bimbang peminat tak terima

Search bersama Denden (tengah) selaku vokalis baharu.

PERPECAHAN yang berlaku dalam kumpulan Search pastinya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat apabila wujud dua band berbeza namun menggunakan nama sama.

Menjelaskan mengenai perkara itu, gitaris asal kumpulan berkenaan iaitu Din atau nama sebenarnya Noordin Mohd Taib menegaskan barisan ahli yang dibentuk olehnya merupakan Search yang sebenar kerana tidak ada dalam kalangan mereka yang pernah mengumumkan pengunduran seperti dilakukan oleh vokalis terdahulu iaitu Amy.

"Kami adalah Search yang sebenar kerana selama ini kami tidak pernah keluarkan kenyataan keluar dari kumpulan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa Search bersama Amy belum selesai! Nasir pula didakwa tak cakap betul, buat pusingan ‘U’

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikecam tak boleh nyanyi ‘live’, asyik hulur mic kepada penonton... Amy Search tak melatah, percaya rezeki masih ada

"Jika ada kenyataan sebegitu boleh buktikan. Kami tidak takut kerana berani adalah benar," katanya kepada mStar.

Kumpulan Search ditemui ketika sidang media dan Rumah Terbuka konsert Search Rockin' On Rooftop yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Konflik yang berlaku dalam kumpulan rock itu menyebabkan Din bersama seorang lagi gitaris iaitu Kid meneruskan legasi Search dibarisi oleh Yan (bes) dan Minn (dram) serta vokalis baharu dari Indonesia iaitu Denden Gonjalez.

Sementara itu, Amy pula mewujudkan Search dengan barisan baharu yang terdiri daripada Hillary Ang (gitaris), Man Kidal (gitaris) dan Nasir Daud (bes).

Jika ada kenyataan sebegitu boleh buktikan. Kami tidak takut kerana berani adalah benar

DIN

SEARCH

Untuk rekod Amy mengumumkan keluar dari kumpulan Search pada Mac 2020 yang mana anggota asalnya terdiri daripada Nasir, Din dan Kid.

Dalam pada itu, Denden yang diberi tanggungjawab selaku vokalis baharu mengakui bimbang jika kemunculannya sukar diterima peminat.

amy search

Amy umumkan pengunduran dari kumpulan Search.

Menyedari isu membabitkan kumpulan ini, Denden berkata dia enggan masuk campur dan hanya mahu memberi fokus untuk membuat persembahan terbaik.

"Amy telah menyanyikan lagu-lagu Search dengan baik dan saya sendiri mengidolakan beliau sejak kecil lagi. Pastinya kerisauan saya adalah peminat tidak menerima kemunculan dalam kumpulan ini.

"Saya tidak pernah ambil kisah tentang kontroversi Search yang berlaku sebelum ini kerana itu adalah urusan mereka terdahulu dan saya hanya mahu memberi fokus untuk membuat persembahan terbaik dalam konsert nanti,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Search bakal mengadakan konsert di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain