suria

Selamat berkhidmat untuk rakyat Dira Abu Zahar, jadi artis pertama menang pilihan raya

Dira menjadi artis pertama bergelar wakil rakyat menerusi pilihan raya.

MENCIPTA sejarah tersendiri apabila Datuk Khaidiriah Abu Zahar atau Dira kini menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Dira, 37, menang atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,327 menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh 4,037 undi.

Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Raman (PN) pula meraih undi sebanyak 2,710 undi manakala calon PH, Prasanth Kumar dengan 2,163 undian.

ARTIKEL BERKAITAN: Dira Abu Zahar ikut jejak langkah bapa bertanding PRN Melaka, rayu diberi peluang jadi wakil rakyat

Terdahulu, Dira membuat kelainan apabila menjadi calon PRN Melaka terakhir yang mengundi.

247738019_193557749607994_4242464992457299987_n

Sebelum aktif berpolitik Dira terkenal menerusi beberapa drama seperti Tahajud Cinta dan Dahlia.

Dia hadir ke Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, kira-kira pukul 3.10 petang, Sabtu.

Sebelum terjun ke bidang politik, Dira terkenal sebagai pelakon menerusi beberapa drama seperti Tahajud Cinta dan Dahlia selain membintangi banyak filem antaranya Chow Kit, Kil, Lari, Longkai dan filem terakhir ialah Kimchi Untuk Awak.

Sementara itu semakan di Instagram wakil rakyat baharu ini, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah selain mengucapkan selamat berkhidmat.

256642590_215025147439041_814560863178065027_n

Dira ketika beramah mesra dengan pengundi DUN Rim baru-baru ini.

"Tahniah Dira, semoga menjalankan amanah dengan telus.

"Nanti jangan lupa bawa penambahbaikan kepada sistem pengangkutan awam di negeri Melaka," kata netizen.

PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit apabila 112 calon disahkan akan bertanding untuk merebut 28 kerusi DUN.

Ia diadakan ekoran pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu seperti mana di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain