suria

Che Ta tak mahu kerja dengan artis tak vaksin, enggan ambil risiko - “Orang macam itu tak bertanggungjawab!”

Che ta mahu pastikan semua krew dan pelakon yang terlibat dalam produksinya sudah lengkap divaksin.

SEBAGAI pelakon dan mempunyai produksi sendiri, aktres Rozita Che Wan menegaskan dia enggan bekerjasama dengan tenaga kerja yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, semua orang yang terlibat dalam penggambaran diwajibkan mematuhi produser operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITANl: “Jangan buat hal! Ada cable besar ke?” - Fauziah Nawi bocor rahsia produksi ambil pelakon tak lengkap vaksinasi

"Bagi saya, orang macam tu tak bertanggungjawab. Bukan saja pada diri sendiri tetapi orang lain juga. Saya sendiri ada produksi nak mula penggambaran drama dan berbincang mengenai perkara itu.

Che ta

Che Ta lancar warna baharu pelitup muka jenama Himaya.

"Kena pastikan yang semua orang yang terlibat kena lengkap vaksinasi. Kalau belum lengkap, kita minta maaf tak boleh nak ambil bekerja.

"Kita terpaksa la kena ikut peraturan yang ditetapkan. Tak mahu hanya disebabkan dia seorang, kemudian akan libatkan orang lain," kata Che Ta kepada mStar.

Rozita berkata demikian ketika sidang media secara maya pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask pada Rabu.

Pelakon Kiah Pekasam ini dilantik sebagai duta memperkenalkan warna baru merah samar iaitu Blush Rose sempena kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA.

Tak tahulah macam mana boleh lepas kalau belum dua dos dapat berlakon.

CHE TA

PELAKON

Sebelum ini, pelakon Fauziah Nawi mendedahkan seorang penerbit dan pengurus produksi yang mengambil pelakon tanpa vaksin lengkap untuk bekerja.

Fauziah mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Zain Saidi ini memberitahu lesen produksi akan ditarik semula sekiranya pihak Finas mengetahui mengenai pelanggaran SOP tersebut.

Che ta 1

Che Ta enggan ambil risiko kerana bimbang ada anak kecil di rumah.

Bimbang mempunyai anak kecil di rumah, Rozita juga enggan mengambil risiko apabila melibatkan soal vaksinasi.

"Kita kena adil, kena bertanggungjawab. Tak tahulah macam mana boleh lepas kalau belum dua dos dapat berlakon.

"Kalau Finas tahu, memang lesen akan kena tarik. Macam saya, saya tak mahu ambil risiko, sebab saya ada anak kecil kan kat rumah,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain