suria

[VIDEO] “Bukan inspirasi tapi buat orang kecil hati!” - Syahmi Sazli tak suka budaya ‘flex’, harap influencer suka tayang harta lebih sensitif

MEMANG seronok jika dapat menayang kemewahan di media sosial lebih-lebih lagi apabila ada pula yang teruja dan memuja.

Budaya itu bukanlah sesuatu baharu dalam kalangan mereka yang berduit terutama bagi kelompok selebriti dan influencer media sosial.

Namun bagi YouTuber popular Syahmi Sazli, 26, dia beranggapan amalan menayang kekayaan atau 'flex' hanya akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut atau follower media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahmi Sazli tak merungut ‘income’ YouTube jatuh... lega dapat bantu jiran ‘buat duit’ RM100,000 dalam masa 2 minggu

"Bagi saya, kita sebagai manusia biasa mesti la ada rasa nak tunjuk kejayaan atas usaha selama ni.

"Saya rasa tak ada masalah pun kalau sesekali nak tunjuk, mungkin dua kali setahun ke.

Syahmi 5

Syahmi (tengah) bersama Asif Suhaimi (kanan) dan Yoe Parey yang terkenal dalam Drama Spontan di YouTube.

"Tapi kalau setiap content tu nak tunjuk harta je, nak tunjuk kemewahan je... itu tak elok la," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Syahmi yang terkenal dengan kandungan Drama Spontan di saluran YouTube, sama ada influencer atau selebriti mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dalam berkongsi foto atau video di platform masing-masing.

Ujarnya, jika tersilap langkah ia akan menggores hati para pengikut yang selama ini menyokong hasil usaha mereka.

Kalau kita nak follower yang berkualiti, kita kena satu level dengan mereka.

SYAHMI SAZLI

YOUTUBER

"Kena ingat follower ni datang daripada pelbagai latar belakang, kalau yang memang berduit tu tak mengapa la.

"Namun ada yang teringin tapi tak mampu, jadi benda tu akan buat sesetengah daripada mereka rasa sedih. Dia nak macam tu juga tapi tak mampu, jadi mereka rasa sedih dan kecewa.

"Jadi kita tak nak la perasaan tu timbul dalam kalangan follower kita sebab yang bagi kemewahan dan harta tu mereka juga," katanya.

Selain itu Syahmi yang memiliki 2.65 juta pelanggan atau subscriber di YouTube dan 2.4 juta pengikut di Instagram mengakui kandungan berkaitan kemewahan lebih mudah untuk meraih perhatian pengguna media sosial.

syh2

Syahmi akui kejayaannya adalah hasil sokongan orang ramai.

Kata pengarah filem Mael Totey The Movie ini, situasi itu menjadikan golongan influencer lebih gian untuk mempamerkan kemewahan masing-masing.

"Kita tahu content tunjuk kemewahan dan harta ni boleh dapat views dan like yang tinggi.

"Tapi secara tak langsung ia akan membuatkan mereka rasa jauh dengan kita sebab asyik tunjuk harta.

"Bagi saya kalau kita nak follower yang berkualiti, kita kena satu level dengan mereka. Biar mereka rasa kita ni sama je... elak mereka rasa kecil hati," katanya lagi.

Ditanya sama ada dia pernah melalui fasa menayang kemewahan, Syahmi mengakui ia berlaku ketika awal kejayaannya sekitar tahun 2017.

"Dulu-dulu masa beli kereta pertama atas usaha saya sebagai content creator tu pernah la juga, tahun 2017.

"Tapi apabila fikir balik dan selepas tengok komen orang tulis... untung la Syahmi, saya dah lama mengidam... jadi benda tu buat kita rasa follower kita kecewa.

"Mungkin ada sesetengah influencer anggap tayang benda mewah ni sebagai inspirasi, tapi saya rasa tak inspirasi pun sebab orang lebih berkecil hati," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain