suria

Diva AA nak heret pelakon wanita naik mahkamah gara-gara didakwa makan rasuah

Azwan Ali turut akan heret selebriti lain yang turut menyokong artis wanita tersebut.

PERANG media sosial antara Azwan Ali dengan pelakon wanita terkenal nampaknya berpanjangan apabila pengacara yang dikenali sebagai Diva AA itu nekad mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa difitnah.

Menurut Azwan, 55, selebriti berkenaan berkongsi beberapa paparan skrin di Instastory yang antara lain mendakwa dia menerima rasuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Ali minta artis berfikiran terbuka, tak mudah melenting apabila ditegur - “Check dulu ayat tu untuk kau atau netizen”

Ujar adik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali ini dia kini dalam proses untuk menghantar notis tuntutan menerusi peguam yang dilantiknya, Ammanjeet Singh.

"Saya memang takkan sebut nama dia sebab dah benci sebenci-bencinya.

"Jumlah pampasan yang dituntut ialah RM5 juta berdasarkan followers dia lima juta orang.

aa

Peguam Azwan akan hantar notis tuntutan dalam masa terdekat.

"Saya pun baru discuss dengan lawyer yang telah screen shot perbualan artis itu termasuk dengan puak-puak artis yang sokong dia... semua akan dikenal pasti dan akan diheret ke mahkamah," katanya yang menghubungi mStar pada Selasa.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Azwan berharap golongan artis tidak mudah melenting selain memahami maksud sebenar jika nama atau foto mereka digunakan dalam perkongsiannya di media sosial.

Jumlah pampasan yang dituntut ialah RM5 juta berdasarkan followers dia lima juta orang.

AZWAN ALI

PENGACARA

Teguran itu muncul selepas wujudnya kekecohan apabila dia sendiri terlebih dahulu berkongsi foto selebriti wanita terbabit dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan.

Sementara itu tambah Azwan, dia juga sudah memaklumkan perkara itu kepada suami selebriti berkenaan menerusi kiriman mesej WhatsApp.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kepada artis itu, tunggulah surat saman coming soon RM5 juta... suaminya telah dimaklumkan melalui WhatsApp tanpa saya beritahu berapa nilai saman.

"Selain pelakon itu, saya pun dah kenal pasti siapa lagi artis-artis yang bersuara... jangan ingat saya tidak tahu.

"Memang saya tidak follow Instagram dia tapi semua itu pengurus peribadi saya dah uruskan... ada nama-nama artis (selain pelakon wanita itu juga) akan naik," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain