suria

Aman Ra sudah setahun bercerai, bekas isteri luah rasa lega - “Semuanya selesai... saya sangat excited”

Aman Ra dan Natiqah sah bercerai pada 5 Ogos.

LEGA, tenang dan teruja.

Itu tiga perkataan bagi menggambarkan perasaan bekas isteri kepada penyanyi Aman Ra, Natiqah Rahmat selepas proses penceraian mereka yang tertangguh selama lebih setahun akhirnya selesai.

Menurut Natiqah, 33, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29 Mac 2020 akhirnya disahkan mahkamah pada 5 Ogos lalu.

"Semuanya sudah selesai. Saya sangat excited sebab masalah ini berlarutan telampau lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Ra tak mahu diganggu, enggan jawab tuduhan berlaku curang dengan isteri - “Dia perlukan ruang”

"Kini boleh dikatakan saya rasa lebih baik daripada sebelum ni... terima dengan hati terbuka serta lebih tenang," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Bercerita tentang punca perpisahannya dengan penyanyi rap itu, Natiqah mendakwa rumah tangganya sudah tidak mampu diselamatkan selepas kehadiran orang ketika.

"Punca sebenar cerai adalah kerana orang ketiga sehingga menjadi melarat dan mendatangkan masalah.

natiqah

Natiqah kini lebih fokus kepada kehidupannya dan terus positif.

"Kami try hard untuk cari jalan penyelesaian, tapi akhirnya nampak tak sehaluan.

"Masing-masing dah jadi orang berbeza, jadi jalan terbaik adalah bercerai," katanya.

Walau bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata ini berkata fokusnya kini adalah untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik.

Punca sebenar cerai adalah kerana orang ketiga sehingga menjadi melarat

NATIQAH RAHMAT

BEKAS ISTERI AMAN RA



Ujarnya, dia dan Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 34, akan mengenepikan ego masing-masing supaya penceraian mereka tidak memberi kesan kepada anak-anak.

"Walaupun dah berpisah kami tak mahu anak terkesan. Kita sedaya upaya cuba letak tepi ego dan emosi untuk sama-sama fokus kepada pembesaran anak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anak di bawah jagaan saya, dia ada datang juga tengok anak. Saya tak ada masalah kalau dia nak jumpa anak-anak sebab kedua-duanya sedang membesar," katanya.

Tambah Natiqah dia juga sudah 'move on' daripada masalah yang berlaku dengan bekas suami demi membina kehidupan baharu yang lebih baik.

natianak

Hak jagaan anak dibawah Natiqah.

"Alhamdulillah hubungan kami okey, tak macam sebelum ni. Emosi pun dah okey... moving forward dan boleh uruskan secara matang.

"Sekarang secara perlahan-lahan nak bina semula kehidupan dan melakukan perkara baharu yang lebih positif.

"Kalau kita beri vibe positive, anak-anak pun akan positif sebab benda tu memupuk harmoni," katanya.

Sementara itu usaha untuk mendapatkan kenyataan Aman Ra tidak berhasil.

Hasil perkahwinan Natiqah dan Aman Ra mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 3 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 2 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Aman Ra, Natiqah Rahmat, sah bercerai

Artikel Lain