suria

Bayi usia dua minggu jatuh ke lantai, Najdi bekas kumpulan UNIC menyesal! - “Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja”

Wan Najdi bersyukur tidak berlaku pendarahan dalam kepada anaknya yang berusia dua minggu.

MUSIBAH boleh berlaku sekelip mata!

Akibat sikap alpa, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh dan isteri berdepan detik cemas dalam hidup mereka apabila bayi berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.

Hanya mampu menyalahkan diri sendiri, Najdi, 30, berkata dalam masa hanya kira-kira dua minit, anak keempatnya iaitu Wan Mishary yang ditinggalkan di atas meja makan di tingkat bawah bersendirian jatuh ke lantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tiba-tiba positif Covid-19 sebelum bersalin, Wan Nadji mohon doa - “Kalau teran mungkin oksigen tak sampai ke bayi, perlu buat pembedahan”

"Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja... sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri mandi waktu tu.

"Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Sekejap je dalam seminit atau dua minit... ketika nak sarung baju tiba-tiba dengar baby menangis, rupa-rupanya dah jatuh.

anak najdi
Keadaan bayi Wan Mishari Wan Najdi disahkan tiada pendarahan dalaman.

"Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis... masing-masing salahkan diri," katanya dalam nada kesal ketika dihubungi mStar.

Susulan kejadian, Najdi segera membawa bayinya itu ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

"Malam selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendarahan dalam kepala, Alhamdulillah tiada... tapi kena monitor 24 jam.

Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal.

WAN NAJDI

BEKAS AHLI KUMPULAN UNIC

"Setakat sekarang ni okey, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri," katanya sambil memaklumkan anaknya itusudah dibenarkan pulang ke rumah.

Tambah Najdi, insiden pada pagi sebelum solat sunat Hari Raya Aidiladha Selasa lalu itu cukup menginsafkan bagi dia dan isteri, Dr Norazreen Rahim.

Menceritakan punca kejadian malang itu, Najdi berkata ia berlaku selepas anak keduanya menarik kain lampin yang digunakan untuk membalut bayi.

184790568_823422771943453_9126798290078853036_n
Wan Najdi berkahwin dengan Norazreen dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

"Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi.

"Rupa-rupanya anak saya nombor yang nombor dua tu tarik napkin dia... napkin dia tu saya guna balut baby.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anak saya ni ada autisme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri," katanya.

Susulan kejadian Najdi berkata dia dan isteri tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi.

najdi12_field_image_listing_featured.variant
Wan Najdi (kanan) merupakan bekas ahli UNIC bersama Fakhrul (kiri) dan Bazli (tengah) sebelum mengambil keputusan untuk mengundur diri pada awal tahun 2018.

"Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukar baju baru letak di katil.

"Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal," katanya.

Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016.

Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah,5, Wan Mustapha,3, Wan Medina,2, dan yang terbaharu Wan Mishary,2 minggu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain