suria

Pelakon ‘Keluarga 69’, Julie Faridah meninggal dunia akibat jangkitan virus

Foto Toh Puan Julie Faridah bersama Tan Sri P. Ramlee dalam filem Keluarga 69 (kiri) dan gambar kenangan arwah dengan Datuk Rosyam Nor.

DUNIA hiburan kehilangan seorang lagi bintang seni tanah air iaitu Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang meninggal dunia kira-kira 1.37 pagi, Ahad di Hospital Pantai di Ipoh, Perak akibat jangkitan virus.

Menerusi kenyataan daripada Seniman, anak kepada arwah, Aziah Jasmin berkata ibunya menghembuskan nafas yang terakhir selepas dua minggu dimasukkan ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Spanar Jaya Ramasundran meninggal dunia

Jenazah dimandikan dan dikafankan di rumah di Jalan Watson Ipoh sebelum dibawa ke Perkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta untuk dikebumikan bersebelahan kubur suami arwah sekitar pukul 11 pagi, Ahad.

“Segala perjalanan urusan pengkebumian juga berjalan lancar dan bagi pihak keluarga, kami sangat terharu kerana arwah ibu diberikan penghormatan untuk semadikan diperkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta Ipoh, ” ujar Aziah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Arwah yang berusia 77 tahun meninggalkan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham juga berbesan dengan Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail kerana anak lelaki beliau Mohammad Yaakob berkahwin dengan anak bongsu Tuanku Raja Perlis, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fariza Binti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin.

Toh Puan Julie Faridah terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967.

Arwah yang lahir pada 25 November 1944 di Bentong, Pahang terpaksa melupakan hasrat untuk terus aktif dalam dunia seni disebabkan mengikut arwah suami Datuk Seri Azizul Hassan yang bekerja sebagai pegawai kanan polis.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain