suria

Silap ‘time’ lancar lagu baharu, Wany Hasrita serba salah nak promosi ‘Pedas’ dikala Palestin masih diserang Zionis

Antara sedutan babak muzik video lagu Pedas nyanyian Wany Hasrita.

PENYANYI Wany Hasrita mengakui perasaannya bercampur-baur sebaik melancarkan single terbaharu berjudul Pedas pada Jumaat.

Menurut Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia terpaksa melancarkan juga single tersebut memandangkan ia sudah dirancang sejak awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal muncul dengan lagu rap bersama Sophia Liana, Wany Hasrita harap peminat terima kelainan

"Orang DM (direct message) saya cakap ini bukan masa yang sesuai untuk keluarkan single baharu dalam keadaan sedang terjadi di sekeliling kita.

"Ya, saya sangat aware tentang benda itu (pergolakan melibatkan Palestin dan Israel) tetapi perancangan (untuk keluarkan lagu baharu) sebelum Ramadan lagi untuk kami keluarkan pada hari ini (Jumaat).

Wany berkongsi luahannya di Instagram Story.

"Ada juga bincang untuk tangguhkan pelancaran tapi atas sebab tidak dapat dielakkan serta melibatkan banyak pihak, saya tak dapat tarik balik release untuk lagu ini," katanya.

Penyanyi berusia 29 tahun ini juga berkata dia sebenarnya merasa sangat teruja untuk berkongsikan single terbaharunya itu kepada peminat memandangkan Pedas merupakan lagu yang lari daripada genre yang pernah dibawakannya sebelum ini.

Orang DM (direct message) saya cakap ini bukan masa yang sesuai untuk keluarkan single baharu dalam keadaan sedang terjadi di sekeliling kita.

WANY HASRITA

PENYANYI

Namun perkara itu terbantut apabila dia mendapat perkhabaran tentera Zionis telah mengingkari arahan gencatan senjata dengan menyerang kembali Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar pada malam Jumaat.

"Bila saya dapat berita tak enak, berlaku lagi pergolakkan di Masjid Al-Aqsa... saya marah dan geram sangat bila dapat tahu berita itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pedas lagu kolaborasi Wany bersama Sophia Liana.

"Perasaan itu jadi bercampur-baur nak share lagu sebab lagu dah keluar. Lagu yang genre saya tak pernah try dan excited nak share dengan anda semua," luahnya.

"Saya saja nak share perasaan... sama-sama kita doakan keadaan di sana kembali reda," luahkan.

Pedas merupakan lagu nyanyian bersama Wany dengan penyanyi rap, Sophia Liana.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain