suria

Polis rujuk semula kes Neelofa rentas negeri beli karpet di Nilai... Pejabat Peguam Negara diminta teliti sekali lagi

OCPD Nilai meminta orang ramai tidak mensensasikan kes berkaitan Neelofa.

SUSULAN kebimbangan ramai berhubung kes rentas negeri membabitkan selebriti Neelofa dan suaminya Haris Ismail, kertas siasatan mengenainya dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti semula.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata kertas siasatan itu akan dirujuk semula selaras dengan fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Apa jadi isu rentas negeri? Netizen pelik Neelofa dan PU Riz hanya dituduh lupa ‘scan’ MySejahtera, tak pakai ‘face mask’

“Berhubung isu pergerakan rentas negeri ke Nilai, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada Jumaat, pukul 2.30 petang untuk keputusan berkaitan dengan perkara itu.

Neelofa dan PU Riz rentas negeri ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

“Justeru Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai untuk terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi memutuskan jangkitan pandemik Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Kami juga berharap tiada pihak mensensasikan fakta atau isu berkenaan dengan kes ini, ” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

Berhubung isu pergerakan rentas negeri ke Nilai, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada Jumaat, pukul 2.30 petang untuk keputusan berkaitan dengan perkara itu.

SUPERINTENDEN MOHD FAZLEY AB RAHMAN

KETUA POLIS DAERAH NILAI

Terdahulu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suami, Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM15,000.

Sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 4 Jun depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain