suria

Radin kongsi berita duka, ibu tercinta meninggal dunia - “Damailah mama di syurga”

Ibu Radin meninggal dunia pada pagi Khamis.

PENYAMPAI radio Era FM iaitu Radin berkongsi berita sedih pemergian ibu tercinta, Feridah Hashim pada pagi Khamis.

Menerusi Instagram, Radin atau nama sebenar Radin Amir Effendi memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah ibunya yang meninggal dunia pada usia 66 tahun.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Assalamualaikum, dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarham Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.25 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Radin Lepas Rindu Di Pusara

"Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman... amin!" tulisnya.

Perkongsian Radin di Instagram.

Menerusi laporan akhbar pada Februari tahun lalu, Radin berkata ibunya yang menetap di Ipoh, Perak itu sudah beberapa tahun menderita penyakit paru-paru berair sehingga terpaksa bergantung bantuan oksigen.

"Kondisi kesihatan ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Ibu rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.

Radin selalu menziarahi ibunya di Ipoh, Perak.

"Saya juga tidak dihantar ke sekolah asrama penuh kerana arwah bapa mahu saya menjaga mereka. Bagaimanapun, saya jarang bersama ibu, apatah lagi menjaganya di Ipoh, Perak sejak bekerja.

"Tetapi, saya mengupah ibu saudara untuk menjaganya. Pada masa sama, abang pula tinggal berhampiran, jadi tidaklah saya bimbang keadaan ibu," katanya yang memaklumkan keadaan kesihatan ibu membuatkan dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.

Untuk rekod, Radin yang juga merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu telah kehilangan bapanya pada tahun 2010.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain