suria

Tampil dengan 'Permata', Ayu Damit takkan berlakon dalam muzik video sendiri

Ayu Damit hadir dengan single terbaharu, Permata.

SELEPAS berakhir program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi Ayu Damit kini tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Permata sebagai buah tangan buat peminat.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damid, 32, Permata menyimpan seribu satu makna kerana ia menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima markah tertinggi, rupa-rupanya Ayu Damit hampir hilang fokus gara-gara monitor telinga tercabut ketika konsert minggu ketiga GV7

"Lagu ini dirakam ketika saya masih lagi terlibat dengan konsert mingguan GV7. Saya sebenarnya cukup tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat.

"Lagu ini sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami (Syed Fauzi Syed Baharuddin) yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana," katanya kepada mStar.

Kalau saya yang berlakon video muzik, nanti kaku jadinya. Biarlah saya nyanyi saja dan bagi orang lain yang berlakon.

AYU DAMIT

PENYANYI

Mengulas mengenai pembikinan muzik video (MV) Permata, Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu berkata dia sudah memikirkan konsep jalan cerita namun tidak akan sesekali berlakon dalam MV lagu nyanyiannya sendiri.

"Syarikat rakaman dan saya dah rancang jalan cerita tapi buat masa sekarang tak boleh buat penggambaran sebab terikat dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi, kami akan keluar video lirik dulu.

Ayu enggan berlakon muzik video kerana merasakan lakonannya kaku.

"Bercakap mengenai MV, kami dah pilih dua orang model yang akan melakonkan watak suami dan isteri. Kalau saya yang berlakon video muzik, nanti kaku jadinya. Biarlah saya nyanyi saja dan bagi orang lain yang berlakon," katanya.

Permata merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr. Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga berharap kemunculan lagu Permata ini mendapat sambutan serta dapat menggembalikan keceriaan buat peminat yang sudah lama menantikan produk terbaharu daripadanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ayu Damit, Permata, penyanyi, lagu baru

Artikel Lain