suria

Hormat imej baharu Hannah Delisha, syarikat rakaman buat keputusan tak 'release' MV 'Terlalu Mudah'

Hannah Delisha tampil dengan imej berhijab sejak tahun lepas.

TAMPIL dengan imej bertudung sejak pertengahan tahun lalu, tindakan Hannah Delisha, 25, memadam lebih 800 foto dirinya memakai pakaian seksi di laman Instagram menerima pujian daripada netizen.

Demi menghormati imej berhijab yang dikenakan Hannah kini, pihak syarikat rakaman Faithful Music telah mengambil keputusan untuk tidak memuat naik muzik video (MV) single terbaharu pelakon itu berjudul Terlalu Mudah.

Wakil syarikat pengurusan tersebut, Karim Razali berkata pihak mereka mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha tak mahu jaja kisah peribadi, lebih suka sikap 'low profile' - “Saya tak pernah bimbang soal rezeki selepas bertudung”

"Sebenarnya muzik video itu dah dirakam pada penghujung tahun 2019. Masa itu Hannah masih belum bertudung.

Faithful Music menghormati imej baharu Hannah Delisha.

"Rancangannya kami nak release muzik video itu pada awal tahun lepas tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kami tangguhkan dahulu.

"Selepas mengadakan perbincangan baru-baru ini termasuk dengan Faizal Tahir (pengasas Faithful Music), kami ambil keputusan tidak akan tayangkan muzik video Terlalu Mudah demi menghormati imej baharu Hannah yang sudah berhijab," katanya kepada mStar.

Tapi kami sudah sebulat suara untuk tidak memasukkan muzik video itu di YouTube kerana menghormati penampilan Hannah yang sudah bertudung.

KARIM RAZALI

WAKIL PENGURUSAN FAITHFUL MUSIC

Menurut Karim lagi, pihaknya tidak merancang untuk merakam semula MV baharu sebaliknya akan memuat naik MV lirik untuk lagu tersebut dalam masa terdekat.

"Kalau diikutkan, Hannah tidak kisah kalau kami nak muat naik muzik video yang dah siap itu sebab masa rakaman dijalankan memang dia belum memakai tudung lagi.

"Tapi kami sudah sebulat suara untuk tidak memasukkan muzik video itu di YouTube kerana menghormati penampilan Hannah yang sudah bertudung.

"Buat masa ini, memang tiada sebarang perancangan untuk shoot balik muzik video baharu sebab kita terikat dengan PKP, jadi pihak kami akan keluarkan muzik video lirik sahaja untuk lagu ini," ujarnya.

Selain Hannah, Faithful Music turut menaungi artis seperti Aziz Harun dan duo rapper FML.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain