suria

Bapa Zalif Sidek meninggal dunia selepas setahun hidap kanser paru-paru - “Semalam lepas makan ayah semput, gas oksigen hidung pun tak jalan”

Bapa Zalif Sidek meninggal dunia pada petang Isnin.

BAPA kepada pelakon Zalif Sidek, Wan Abu Bakar Sidek menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada petang Isnin.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Zalif berkata Allahyarham bapanya mengalami sesak nafas selepas makan malam di rumah pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Zalif Sidek diserang asma, minta doakan cepat dapat teman hidup - “Tiadalah sakit seorang diri di rumah”

Susulan itu, bapanya dikejarkan IKN untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Semalam lepas makan malam, ayah semput, ambil gas oksigen hidung pun tak jalan.

"Terus telefon ambulan untuk hantar ke bahagian Kecemasan Institut Kanser Negara, Putrajaya," katanya.

Zalif Sidek memaklumkan mengenai pemergian bapanya di Instagram.

Zalif, 36, turut memaklumkan bapanya sudah setahun menghidap penyakit kanser paru-paru dan mempunyai masalah jantung.

Bapanya sebelum ini mendapatkan rawatan berhubung penyakitnya di Hospital Putrajaya sebelum menjalankan rawatan susulan di rumah.

Rakan selebriti seperti Ajak Shiro, Fattah Amin, Fendy Bakry, Zahiril Adzim dan Yana Samsudin turut menitipkan ucapan takziah kepada Zalif di atas pemergian bapa tercinta.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain