suria

Haqiem Rusli kejar ‘saham’ akhirat, mahu hasilkan karya positif - “Saya akan seimbangkan antara lagu cinta dan dakwah”

Tidak hanya menumpukan kisah cinta, Haqiem ingin terapkan mesej dakwah dalam lagu.

SETELAH meraih pelbagai kejayaan dan penghargaan sepanjang tahun lalu, penyanyi Haqiem Rusli berkata dia akan terus menghasilkan karya muzik yang lebih berkualiti selain dapat memberikan manfaat buat pendengar.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia merancang untuk memberikan keseimbangan dalam ciptaan lagu yang tidak hanya tertumpu kepada kisah berkaitan cinta dan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana dan Haqiem Rusli paling MeleTOP AME 2020

"Saya tidak nafikan di Malaysia kalau nak dapat jumlah tontonan tinggi, kena buat lagu cinta atau lagu putus cinta.

Haqiem Rusli menang trofi Bintang Paling Popular tahun lalu.

"Saya akan cipta juga lagu-lagu sebegitu tapi akan cuba seimbangkan dengan lagu-lagu lain yang lebih menerapkan unsur positif dan dakwah.

"Macam sebelum ini, saya dah pernah buat lagu Jatuh Bangun dan Adlina Marie... semua yang bawa mesej baik dan positif.

"Saya cuba nak ke arah itu, sekurang-kurangnya dalam lagu ciptaan saya itu nanti akan ada saham untuk saya bawa ke sana (akhirat) kelak," katanya kepada mStar.

Saya tidak nafikan di Malaysia kalau nak dapat jumlah tontonan tinggi, kena buat lagu cinta atau lagu putus cinta.

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Mengulas mengenai kebangkitannya sepanjang tahun lalu apabila berjaya membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) dan Top Top MeleTOP Lelaki menerusi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), Haqiem hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas penghargaan tersebut.

"Penghargaan dan anugerah yang saya dapat ini memang sangat besar untuk anak muda seperti saya. Allah bagi rezeki yang tak dijangka akan berlaku dalam hidup saya.

"Bagi saya, ini juga satu kebangkitan untuk anak muda lain yang mana karya-karya kami sudah semakin diterima ramai, contohnya seperti Yonnyboii dan Zynakal.

"Kami ingin tunjukkan yang kami pun ada potensi untuk keluarkan lagu-lagu berkualiti demi membangunkan industri muzik tanah air," ujarnya.

Dalam pada itu, Haqiem kini tampil dengan single terbaharu, Mimpi yang turut menjadi runut bunyi (OST) drama Bidadari Salju lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain