suria

Komen melampau buat Aweera terkilan, dianggap mati gara-gara lama tak muncul dalam industri - “Semoga individu itu diberi hidayah”

Aweera terkilan membaca komen netizen itu.

PENYANYI Aweera meluahkan rasa terkilan dengan komen negatif netizen yang mendoakan soalah-olah dirinya sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, komen seumpama itu keterlaluan dan berharap insan itu insaf dengan perbuatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aweera pernah alami depresi akibat kecaman - “Keluar benda baik tiada pula orang nak ambil tahu”



Aweera harap individu tersebut diberikan hidayah.

"Saya saja nak baca komen di Youtube... dan ternampak satu komen yang saya rasa agak terkilan. Saya pun dengan sengaja screenshoot dan muat naik di Instastory.

"Komen yang sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan roh saya tenang di sana tu bagi saya agak melampau.

"Saya bukan nak marah cumanya saya harap dia sedar apa dia buat dan diberi hidayah kerana itu semua kuasa Allah," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Aweera memuat naik paparan skrin komen individu yang mengatakan penyanyi itu sudah meninggal dunia.

Menurut laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Aweera pernah mendedahkan dia mengalami depresi akibat dikecam.

Saya pun dengan sengaja screenshoot dan muat naik di Instastory.

AWEERA

PENYANYI

Dalam pada itu, Aweera memberi penjelasan terhadap status yang berbaur kurang senang apabila ramai yang menyanyikan semula lagu Roman Cinta yang pernah dipopularkannya.

"Saya bukan tidak puas hati atau marah kepada artis-artis yang cover lagu saya tu, sebenarnya bagus la mereka tolong mempromosikan dan rezeki masing-masing, cuma status itu luahan hati kecil sebagai penyanyi asal saja.

Sementara itu, Aweera berkongsi berita gembira bahawa dia mempunyai perancangan ingin berikan sesuatu yang luar biasa kepada peminat pada tahun depan sekali gus muncul semula dalam industri.



Aweera bakal muncul dengan sesuatu yang baharu pada tahun hadapan.

"Buat masa sekarang, saya tak nak kongsi apa-apa lagi. Insya-Allah hujung Januari tahun depan, saya akan umumkan di platform media sosial saya,"

"Alhamdulillah... saya tengok rata-rata peminat beri komen positif dan tidak sabar menantikan kemunculan saya semula," ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi ini sedar masih mempunyai banyak kekurangan dan menganggap cabaran dalam industri seni seperti ujian dalam kehidupan seharian.

Aweera berharap kariernya dalam industri seni terus disokong dan mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain