suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dimsum Entertainment tayang filem-filem Bollywood popular menerusi Shemaroo On Demand!

Dimsum tayang filem Bollywood popular.

KHUSUS buat peminat Bollywood, Dimsum Entertainment mengumumkan kerjasama bersama penyedia kandungan popular dari India, Shemaroo On Demand.

Ketua Pegawai Pemasaran Dimsum Entertainment, Law Swee Kim berharap kerjasama itu akan menarik lebih ramai penonton di peringkat global.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena bulan #ThaiFren, Dimsum Entertainment bawakan drama lakonan buah hati anda!

"Saya sangat teruja dan gembira dengan kerjasama ini dan berharap agar ia akan mendapat sambutan yang luar biasa.

“Kali ini, kami berharap kerjasama dengan Shemaroo akan membuka peluang lebih lagi untuk menjangkau lebih ramai penonton berbanding sebelum ini memandangkan India adalah salah satu pusat filem terbesar di dunia.

"Hal ini merupakan cara terbaik dalam menghidangkan hiburan Asia terbaik kepada pelanggan kami dengan Shemaroo, ” katanya.



Lam Swee Kim

Bermula minggu lalu, pelanggan boleh menonton pelbagai genre filem Bollywood seperti komedi, cinta dan seram menerusi Shemaroo On Demand.

Antara filem popular yang ditayangkan ialah Mann, Hello Brother, Har Dil Jo Pyar Karega, Jab We Met dan Ajab Prem Ki Ghazab Kahani.

Pelanggan berpeluang menyaksikan gandingan mantap Ajay Devgan dan Raveena Tondon menerusi filem Dilwale yang memaparkan pasang surut hubungan cinta pasangan kekasih.

Jika anda peminat pelakon veteran Amitabh Bachchan, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem-filem lakonan beliau seperti Ek Ajnabee, Aarakhshan, Aankhen dan Khuda Gawah.

Sementara itu, penggemar Priyanka Chopra pula boleh menyaksikan filem-filem lakonannya seperti Barsaat dan Andaaz.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi boleh layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment, IG @dimsum, ent dan Twitter @dimsumasia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain