suria

Aina Abdul tak kecil hati bakat seni lambat dihargai - “Alhamdulillah perjalanan sekarang lebih mudah”

Aina sentiasa ingin perbaiki kelemahannya.

DORONGAN daripada ibu dan keluarga menjadi salah satu punca perjalanan kerjaya seni penyanyi Aina Abdul kini semakin cerah.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, berkata, dia tidak berkecil hati apabila bakatnya lambat dihargai dalam industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul terpaksa berbohong dalam kostum Bunga Raya, sukar simpan rahsia selama 2 bulan - “Tiada niat tipu tapi dah sign kontrak”

"Terus terang saya tak kecil hati langsung jika sebelum ini saya tidak dilihat sebagai penyanyi yang berbakat. Sebab saya rasa diri ini terlalu baharu dan tidak terkecuali untuk melalui pengalaman bermula dari bawah.

Aina mengakui dia mahu lalui pengalaman bermula dari bawah.

"Sebelum ini saya memilih untuk bergerak sendiri tapi selepas saya lalui banyak perkara baru saya sedar berada dalam team lebih produktif dan mereka sebenarnya yang banyak membantu saya.

"Perjalanan saya sekarang lebih mudah, rezeki Allah itu luas dan saya rasa ini semua dorongan kuat dari ibu saya," kata Aina kepada mStar.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur atas semua kejayaan ini.

AINA ABDUL

PENYANYI

Dalam pada itu, Aina meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang dikecapi sehingga kini biarpun menganggap dirinya masih lagi banyak kekurangan.

Juara program The Masked Singer Malaysia musim pertama ini turut mengucapkan terima kasih kepada stesen TV yang banyak membantu kariernya dalam industri seni sepanjang tahun ini.

Sebagai penutup tahun 2020, Aina bakal mengeluarkan single baharu dan mahu melakukan yang terbaik di pentas Vokal Mania dan Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35).

Aina luah rasa syukur atas kejayaan yang dikecapinya kini.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur atas semua kejayaan ini walaupun berasakan diri masih banyak yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada stesen TV yang banyak membantu karier saya dalam industri seni.

"Untuk menutup tahun yang bermakna ini, saya mempunyai satu lagi buah tangan untuk peminat selain ingin beri yang terbaik di pentas Vokal Mania dan SFMM35," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain