suria

“Akulah penyebabnya... tapi sekurang-kurangnya dia sopan dan tertib” - Bapa Sissy Imann tata rias anak sendiri, sedih tiada ‘sponsor’

Netizen kritik penampilan Sissy Imann pada malam ABPBH33 tidak menarik.

PENAMPILAN penyanyi Sissy Imann yang mengendalikan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) pada malam Jumaat lalu menerima kecaman daripada netizen.

Sehubungan itu bapa Sissy iaitu Mohammad Kamil Moustaff tampil mengakui bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab menata rias anaknya pada acara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann akui gementar, perlu buat 'research' sebelum kendalikan karpet merah ABPBH33

"Penampilan anak aku dikecam hebat di ABPBH2020. Aku la penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam itu. Biarlah orang nak kutuk pun, aku akur dan sedar diri bukan siapa-siapa.



Bapa kepada Sissy membuat luahan di Instagram miliknya.

"Aku seorang bapa yang hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan. Aku tetap akan lakukan sehabis baik selagi diperlukan dan selagi kudrat masih ada.

"Tak ada hamba Allah yang nak sponsor dan benar-benar dekati pun. Baik busana mahupun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun di tempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta," katanya.

Kamil membuat luahan tersebut menerusi Instagram miliknya selepas fesyen Sissy, 25, di ABPBH33 dikecam netizen yang menganggap tidak menarik untuk acara berprestij itu.

Aku ni bukanlah profesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku.

MOHAMMAD KAMIL

BAPA SISSY IMANN

Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu turut bergandingan dengan pelakon Sean Lee di karpet merah ABPBH33 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Kamil mendedahkan dia sanggup bersengkang mata menyiapkan baju Sissy demi memastikan anaknya tampil sempurna untuk acara itu.

"Daripada awal aku sendiri yang bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan di baju. Entah berapa ribu kali jari ini tertusuk dek jarum. Mata ini bukanlah terang sangat pun.



Sissy turut mendapatkan solekan daripada Albin Hassan dan rambutnya dibuat oleh Finnick Fit.

"Melecur juga kena gam panas membuat subangnya. Dandankan rambut, sarungkan baju... betulkan segalanya. Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron apabila mendandan rambutnya.

"Aku ni bukanlah profesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku. Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mahu berada sama tuk memastikan she looks good di mata aku.

"Sekurang-kurangnya dia berada dalam keadaan sopan serta tertib dan sampai aku lupa aku ni bertongkat. Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah saja yang tahu," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain