suria

Terlalu banyak ‘vibrato’, Rozita Izlyn tersingkir GV7

Rozita akui keadaan kesihatannya yang terjejas membuatkan dia tidak dapat lakukan yang terbaik. Foto: @astrogempak

PENYANYI Rozita Izlyn tersingkir di konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Rozita yang menyanyikan lagu Mengapa Sukar Melafazkan Maaf duet bersama Ezad Lazim menerima markah terendah iaitu 57.4 peratus menyebabkan dia tidak layak ke peringkat seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nomad kau komen sendirilah! Tak ada point nak potong dah” - Markah paling rendah, Nomad tersingkir minggu kelima GV7

Menurut juri jemputan iaitu penyanyi Aishah, biarpun tidak mempunyai masalah dalam nyanyian namun baginya, Rozita perlu mengurangkan vibrato atau penggetar suara.



Persembahan Noraniza dengan Amelina mendapat markah tertinggi.

"Tiada masalah pada nyanyian. Cuma yang saya tahu vibrato merupakan salah satu daripada cara kita menyanyi. Saya tak pandai soal ini tapi itu la salah satu cara. Ibarat kita nyanyi seperti melukis.

"Kalau guna vibrato seperti guna satu warna untuk mewarnai karya. Kurangkan vibrato itu," katanya.

Bagaimanapun Rozita menjelaskan dia tidak dapat membuat persembahan dengan baik disebabkan berdepan dengan masalah kesihatan.

Sementara itu penyanyi Noraniza menerima markah tertinggi iaitu 79.6 peratus diikuti Cliff Umar (79) dan Aju Success (71.3).

Kalau guna vibrato seperti guna satu warna untuk mewarnai karya.

AISHAH

PENYANYI

Dalam konsert minggu keenam, Ayu Damit menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta duet bersama Hazama, Cliff Umar (Smooth/ Mimi Fly), Noraniza Idris (Bolehlah Boleh/ Amelina) dan Oja (Sembilu/ Black).

Manakala Aju Success (Gering/ Ali XPDC), Muss (Bercanda Di Tepi Pantai/ Siti Sarah), Linda Nanuwil (Bertahta Di Hati/ Khai Bahar), Yantzen (Di Sebalik Rahsia Cinta/ Marsha Milan Londoh) dan Ashira (Dengarkanlah/ Mark Adam).

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta dua juri jemputan minggu ini ialah penyanyi Datuk Awie serta Aishah.

GV7 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.



Aishah salah seorang juri jemputan minggu keenam GV7.

Dalam pada itu, segmen kongsi rezeki menyaksikan penyanyi 70-an iaitu Azman Idris menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Cliff Umar manakala pemenang Bintang Cuckoo turut menjadi milik Rozita Izlyn.

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain