suria

Pertama kali rasa kehilangan, Lara Alana menangis teresak-esak ikan laga peliharaan mati - “Daddy, I'm not ready for this!”

Lara ditenangkan bapanya, Awal selepas mengetahui ikan laga kesayangan mati.

PERKONGSIAN video anak kepada pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana yang menangis teresak-esak menarik perhatian netizen di laman Instagram.

Video tersebut memperlihatkan Lara yang kini berusia enam tahun kesedihan apabila mengetahui haiwan peliharaannya iaitu seekor ikan laga yang diberi nama Sushi sudah mati.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal risau Scha banyak berubah ketika hamil - “Tengok TV pun tutup suara, dia rasa rimas dan sensitif dengan bunyi”

Menerusi kapsyen itu, Lara pertama kali melalui pengalaman kehilangan sesuatu yang paling disayangi dalam keadaan dirinya belum bersedia berdepan dengan situasi tersebut.



Lara tidak dapat menahan perasaanya apabila diberitahu ikan peliharaan yang diberi nama Sushi mati.

"Daddy, I'm not ready for this (saya belum bersedia untuk ini). Berkali-kali Lara ulang perkataan ini... tapi Allah sayangkan Sushi. Sekarang baru Lara tahu yang kita tidak akan pernah bersedia lalui situasi seperti ini.

"Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Auntie Joy beritahu yang Sushi dah tak ada, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.

"Tapi rupa-rupanya Sushi dah pergi buat selamanya. Thank you Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama lapan bulan terutama waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang.

LARA ALANA

ANAK SCHA & AWAL

"Sekejap saja kita dapat bersama. Rest well my sushi, you will be missed," tulisnya di Instagram.

Menerusi video berdurasi 3.20 minit itu, Lara yang tidak dapat mengawal perasaan sedihnya itu ditenangkan ibu bapanya ketika mereka menanam ikan tersebut.

Rata-rata netizen turut berasa sebak dan tersentuh hati melihat tangisan Lara dalam video tersebut.

"Alahai... saya pun menangis tengok Lara menangis... suatu pengajaran yang bagus untuk membesar... tabahlah Lara.



Lara bersama ibu bapanya iaitu Awal dan Scha.

"Alalala... dia cepat matang dengan apa yang dia belajar. Dia faham bila ikan itu mati, tak akan dapat balik yang sama.

"Dengan kita menangis la tengok Lara menangis," komen beberapa netizen.

Awal mendirikan rumah tangga dengan Scha pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Lara Alana yang berusia enam tahun.

Scha yang juga pelakon dan pengacara kini sedang hamil anak kedua yang dijangka bakal dilahirkan pada Februari tahun hadapan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain