Sempena bulan #ThaiFren, dimsum entertainment bawakan drama lakonan buah hati anda!

Siri ini mengisahkan tentang seorang pelajar di sekolah berprestij bernama Eun Dan-O. Suatu hari, Eun Dan-O mendapati bahawa dunia yang didiaminya merupakan dunia fantasi komik.

MERAIKAN bulan April dengan #ThaiFren atau dalam bahasa mudah ‘teman lelaki Thai’, dimsum entertainment membawakan pelbagai kandungan menarik yang menampilkan buah hati pujaan anda! Siapa ‘teman lelaki Thai’ pilihan anda?

Di dimsum entertainment , kami membariskan idola-idola kegemaran ramai iaitu Pong Nawat Kulrattanarak, Jaylerr, dan Sunny Suwanmethanont untuk menemani anda selama sebulan.

Bersiap sedia untuk membiarkan jantung berdegup kencang menerusi pelbagai siri terbaharu seperti naskhah cinta hebat Shadow of Love dan drama bikin semula In Time With You.

Shadow of Love | Siri penuh | 17 Episod 

Ingin melihat pujaan hati anda, God Itthipat bermain cinta di layar kaca? Shadow of Love bakal membuai jiwa anda! Siri mengisahkan tentang pasangan kembar lelaki dan perempuan bernama Kwan Oei dan Kwan Ma.

Ibu mereka, Nalin, sengaja memberi nama perempuan kepada anak-anaknya walaupun seorang daripada kembar tersebut adalah lelaki. Hal ini kerana, Nalin mahu menyelamatkan anak-anaknya daripada kisah lampau yang memeritkan.

Selain itu, Nalin juga memaksa Kwan Oei, iaitu anak lelakinya untuk merahsiakan identiti sebenar. Namun, apabila pasangan kembar tersebut sudah dewasa, mereka terperangkap dengan rahsia dan memori hitam masa lampau yang disimpan oleh ibu mereka. Lebih mengeruhkan keadaan, Kwan Oei dan Wan Ma jatuh cinta pada lelaki yang sama.

Pelakon : God Itthipat Thanit, Richie Oranate, Marina Sadanun Balenciaga, Franky Weerapat.

In Time With You | Setiap Rabu dan Khamis | 24 Episod 

Ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30, Pimchanok menerima e-mel yang mengandungi butiran mengenai “simptom tua sebelum usia” daripada rakan baiknya, Thanapan.

Tidak boleh menerima hakikat bahawa Thanapan semakin tampan walaupun semakin bertambah usia sedangkan dirinya tidak begitu, Pimchanok mencabar sahabat yang dikenali selama 14 tahun itu untuk melihat siapakah yang bakal mendirikan rumah tangga terlebih dahulu sebelum mereka menginjak usia 35 tahun.

Sungguhpun begitu, Thanapan sukar mencari pasangan yang serasi dan dalam masa sama dirinya juga tidak bersetuju dengan pasangan-pasangan Pimchanok.

Ibaratnya, Thanapan merupakan pasangan ideal buat Pimchanok dan hanya sahabat baik yang mampu memahami perasaan masing-masing.

Pelakon : Pae Arak Amornsupasiri, Mo Monchanok Saengchaipiangpen, Chinawut Indracusin, Natjaree Horvejkul.

Selain itu, dimsum entertainment turut menawarkan pelbagai kandungan yang sesuai untuk penstriman berulang kali. Jika anda masih belum menyaksikan kandungan-kandungan ini, mungkin ini masa yang sesuai untuk strim dan ‘jatuh hati’ dengan #ThaiFren kegemaran anda! 

Strim drama Deja Vu diterajui oleh Pong Nawat Kulrattanarak yang cukup terkenal dengan senyuman manisnya, sementara Angel Beside Me pula menampilkan Jaylerr sebagai bidadari jatuh.

Bagi menunjukkan perhargaan yang tertinggi terhadap petugas kesihatan di barisan hadapan, dimsum entertainment juga menampilkan Sunny Suwanmethanont sebagai doktor yang bersikap dingin tetapi berjaya menawan hati penonton menerusi drama popular Thai My Ambulance.

Sebagai bonus, dimsum entertainment turut membawakan Love of Thousand Years aka The Killing of Three Thousand Crows sebuah drama adaptasi novel hasil tulisan Shi Si Lang.

Love of Thousand Years aka The Killing of Three Thousand Crows | Setiap Jumaat & Sabtu.

Kisah epik ini berkisar tentang pegawai Great Li yang bersekongkol dengan musuh, sehingga menjatuhkan kerajaannya sendiri. Ketika kejatuhan kerajaan, Fu Jiu Yun berjaya menyelamatkan Puteri Li dan tuan puteri menukar namanya kepada Qin Chuan. 

Selepas terselamat daripada kekecohan, Qin Chuan pergi mengembara untuk mencari lampu ajaib, bagi membalas dendam. Tanpa disangka, Qin Chuan mendapati Jiu Yun merupakan sumbu dan perlu dibakar untuk menyalakan lampu ajaib. Menurut legenda, Jiu Yun akan menghilang bersama individu yang menyalakan lampu tersebut. Apakah nasib mereka? 

Pelakon : Zheng Ye Cheng, Zhao Lu Si, Liu Yi Tong, Wang Meng Li.

Ancient Detective | Siri penuh | Setiap Rabu & Khamis 

Siri ini mengisahkan tentang perjalanan detektif purba, Jian Bu Zhi, yang mengalami amnesia. Lapan tahan yang lalu, sebuah entiti misteri menyerang penduduk Lembah Misteri, tetapi Jian Bu Zhi terselamat daripada kejadian tersebut.

Bersumpah untuk mendedahkan kebenaran tentang kejadian tersebut dan penyebab ingatannya yang hilang, Jian Bu Zhi memulakan perjalanan untuk mencari pembunuh ayahnya dan membalas dendam.

Menerusi misinya, Jian Bu Zhi menjalinkan hubungan cinta dan bertemu dengan kawan baharu, iaitu Zhan Shi Qi and Zhao Wo Hai.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kejadian misteri, mereka tetap bekerjasama untuk mengatasi halangan tersebut.

Pelakon: Tim Yu Ji Wei, Wang Yan Yang, Miranda Ma Ze Han, Rachel Wang Ruo Shan.

Extra-ordinary You | Siri penuh | 32 Episod 

Siri ini mengisahkan tentang seorang pelajar di sekolah berprestij bernama Eun Dan-O. Suatu hari, Eun Dan-O mendapati bahawa dunia yang didiaminya merupakan dunia fantasi komik.

Setiap individu termasuk dirinya merupakan watak dalam komik berjudul Secret yang jalan ceritanya ditentukan oleh seorang bernama Writer.

Tidak gemar dijadikan sebagai watak tempelan yang menunggu hari mati akibat sakit jantung, Eun Dan-O mengambil keputusan untuk mengubah jalan ceritanya sendiri dan mencari cinta sejati.

Pelakon : Kim Hye Yoon, Kim Ro Woon, Lee Jae Wook.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia , Facebook rasmi dimsum entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia). 

dimsum entertainment

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain