Umie Aida kongsi kisah pertemuan dengan Neelofa sebelum berpurdah - “Saya menangis apabila dengar cerita indah daripadanya...”

Umie mendoakan urusan hidup Neelofa dipermudahkan oleh Allah SWT.

KEPUTUSAN pengacara dan pelakon Neelofa mengubah penampilan dengan mengenakan niqab atau purdah disambut baik oleh peminat termasuklah rakan selebriti.

Antara yang memuji perubahan Neelofa ialah pelakon Datin Seri Umie Aida yang turut mendoakan supaya urusan usahawan muda itu dipermudahkan.

Berkongsi cerita pertemuan dengan Neelofa baru-baru ini, Umie berkata dia sebak sehingga menitiskan air mata mendengar luahan hati bekas pengacara program MeleTOP itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kini berpurdah, mohon doa perjalanan baharunya dilindungi Allah

"Ayat yang selalu keluar daripada mulut Me (Umie) setiap kali jumpa Lofa... adalah Allah sayang kamu dik. Sungguh indah perjalanan hidupmu.

"Baru-baru ni Me jumpa Lofa... Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya... sangat indah!

Perkongsian Umie Aida (kanan) dan Yatt Hamzah (kiri) mengenai keputusan Neelofa mengenakan niqab.

"MasyaAllah... semoga Neelofa sentiasa dalam rahmat-Nya dan lindungan-Nya. Amin," katanya menerusi Instastory pada Jumaat.

Pada Khamis, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha memperbaiki keperibadiannya menghadapi hari-hari mendatang.

Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram... terus sebak!

YATT HAMZAH

PENGACARA

Pengacara program temu bual Next To Neelofa ini juga berharap semua pihak dapat mendoakan perjalanan baharunya agar sentiasa dilindungi Allah.

Malah, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur dengan penghijrahan anaknya itu.

Keputusan Neelofa berpurdah menerima pujian ramai orang.

Selain Umie, rakan artis lain yang turut menyokong perubahan Neelofa ialah Yatt Hamzah.

"Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram... terus sebak!

"Mendoakan agar dia dan kita semua kuat dalam hijrah dan istiqamah. Teringat saat-saat awal dia berhijrah, dia kongsi masa berbual dalam telefon sebelum menjemputnya ke program Usrah Suci dulu. Such an inspiration!" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain