Melampau! Brek motosikal BMW 1000 RR Alif Satar lesap di parkir kondominium - “Jangan main-main doa orang dianiaya”

Alif Satar kesal komponen motosikal di parkir di kawasan rumah lesap.

PENYANYI dan pengacara Alif Satar kesal apabila alatan dan komponen pada motosikal miliknya dicuri pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat.

Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati lesap.

"Salam Jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa... jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah anggap Alif Satar 'poyo', Shahrol (Shiro) tak sangka kini jadi kawan baik - “Sikit-sikit cakap orang putih... siap buat rolling eyes dekat aku”

"Parking dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencuri) potong brake harness dan brake calipers," katanya.

Pengacara program Big Stage ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Alif mengenai kecurian pada komponen motosikal miliknya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua keping foto komponen pada bahagian motosikal yang hilang dicuri penjenayah.

Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu.

"Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya.

Beberapa komponen pada bahagian sistem brek dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

"Allah nak ganti dengan lebih baik, InsyaAllah doakan!," ujarnya.

Perkongsian penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini menerima pelbagai reaksi daripada pengikut.

"Saya pernah kena tahun lalu... samalah potong tali minyak dan curi brake caliper, melayang RM3,000! 1000 RR ni silap-silap dua kali ganda (harga) bro!

"Ada hikmah tu bro, mungkin asbab nak tukar model baharu tu! Park lama sangat tu... manusia memang tak boleh tengok benda-benda mahal depan mata," komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Memulakan langkah pemulihan ekonomi