suria

Salah sebut nama penyanyi... Zizi Kirana cari pemanggil MHI - “Kakak ni jujur, saya teringin nak berborak!”

Seorang pemanggil tersilap menyangka Sissy Imann (kanan) merupakan penyanyi lagu Eh.

PENYANYI lagu Eh iaitu Zizi Kirana mencari pemanggil wanita dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) yang tersilap menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh Sissy Imann.

Terhibur dengan gelagat spontan individu berkenaan, Zizi memberitahu dia kini sedang mencari pemanggil yang dikenali Jamaliah Mohamad dari Taiping, Perak itu.

“Saya sebenarnya terhibur dengan kakak Jamaliah ni, comel sangat sampai tersalah penyanyi. Kalau ada peluang saya nak berborak dengan kakak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bala apa lagi yang kalian ingin undang ke Malaysia ni?” - Aksi tarian Zizi Kirana dikecam, tak sensitif musibah Covid-19

“Walaupun salah penyanyi tapi tak mengapa sebab kakak ini jujur mengakui meminati lagu Eh... sampai jadikan ringtone lagi, saya sangat hargai, ” katanya kepada mStar.

Pada Khamis lalu, penyanyi Sissy Imann berkongsi rakaman seorang pemanggil dalam program MHI tersalah menyangka dia merupakan penyanyi lagu Eh.

Saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Rakaman video itu tular di media sosial sehingga menarik perhatian netizen yang turut terhibur dengan gelagat pemanggil berkenaan.

Gara-gara itu, Zizi menerusi Instagram meminta bantuan pengikutnya menjejaki pemanggil tersebut.

“Hi semua... saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya!, ” tulisnya.



Zizi cari pemanggil bernama Kak Jamaliah.

Sementara itu, Zizi memaklumkan sehingga kini dia masih belum dapat mengesan individu berkenaan.

“Sampai sekarang belum ada info lagi tentang akak tu... saya ada minta bantuan penerbit MHI untuk dapatkan nombor akak tersebut tapi sayangnya mereka tak boleh nak kesan nombor pemanggil.

“Teringin nak bercakap dengan akak itu secara peribadi sebab dia seorang yang sangat ceria dan positif. Mungkin kita boleh buat kawan nanti kan?” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain