“Bala apa lagi yang kalian ingin undang ke Malaysia ni?” - Aksi tarian Zizi Kirana dikecam, tak sensitif musibah Covid-19

Zizi Kirana terkejut foto persembahannya tular di media sosial.

PENYANYI Zizi Kirana terkejut apabila mengetahui persembahannya semasa ulang tahun sebuah laman membeli-belah atas talian yang disiarkan pada malam Khamis menjadi tular di media sosial.

Zizi berkata, dia menerima banyak mesej daripada penonton yang menegur aksinya kerana dikatakan keterlaluan ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

"Sebenarnya persembahan itu adalah rakaman dan bukan siaran langsung, ia dirakam di rumah ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

ARTIKEL BERKAITAN: Malique kesal foto bercuti bersama keluarga tular, minta kebenaran dan jangan rakam curi-curi! - Zizi Kirana

"Apabila bangun pagi saya terkejut terima banyak mesej, komen berbentuk kecaman dan paparan skrin persembahan saya malam itu. Saya pun hairan ada buat salah apa?

"Mereka kata saya tak hormati malam Jumaat... sedangkan waktu program itu bersiaran bukan bidang kuasa saya. Ia ditentukan oleh stesen televisyen dan client mereka," katanya kepada mStar.

Netizen kecam program tersebut dan memuat naik paparan skrin persembahan Zizi.

Pada Khamis, program mempromosikan portal membeli-belah atas talian dikecam teruk netizen kerana menyajikan hiburan pada malam Jumaat dan dikatakan tidak sensitif dengan isu semasa.

"Malam Jumaat, di saat Malaysia sedang dilanda satu wabak yang cukup dahsyat, kematian sudah melebihi angka 20, beribu masih menderita dan dirawat... mereka menyajikan aksi terkinja-kinja untuk tatapan bagi menghiburkan rakyat! Bala apa lagi yang kalian ingin undang ke Malaysia ini?," tulis salah seorang pengguna laman sosial.

Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Dalam konsert itu, penyanyi lagu Eh ini menjadi salah seorang selebriti jemputan, namun foto persembahannya sahaja menjadi perbualan hangat penonton.

Selain Zizi, artis lain yang turut membuat persembahan dari rumah masing-masing ialah Haqiem Rusli, Hael Husaini, Ismail Izzani, Nabila Razali, Elizabeth Tan dan Hafiz Suip.

Sementara itu, Zizi berkata dia hanya mengikut panduan daripada stesen televisyen dan tarian sambil menyanyi itu merupakan salah satu bentuk cabaran dalam program berkenaan.

Zizi menyahut cabaran menyanyi sambil menari dalam program tersebut.

"Ramai saja artis lain semasa program itu... tapi nama saya juga yang orang sebut! Sebenarnya menari sambil menyanyi itu merupakan cabaran yang diberikan oleh produksi kepada saya.

"Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu," ujarnya.

Meskipun dikecam oleh segelintir penonton, Zizi menerima komen tersebut dengan hati terbuka dan berharap mereka memandangnya daripada sudut positif.

"Cabaran itu bertujuan nak tunjukkan gaya hidup sihat. Walaupun kita berkurung dalam rumah, masih boleh buat senaman ringan dan keluarkan peluh. Itu sahaja!

"Saya tak berkecil hati pun dengan kata-kata netizen... saya harap penonton memandang ia daripada sudut positif dan bukannya mengecam semata-mata," katanya.

Zizi Kirana

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain