Penantian tujuh tahun Suraya Borhan berakhir - “Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan”

Suraya berkongsi foto pertama bayi perempuannya.

PENANTIAN Suraya Borhan selama tujuh tahun berakhir apabila penyampai radio Suria FM itu selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 3.46 petang, Jumaat secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Suraya, 37, berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaannya dengan kata-kata namun hanya mampu mengalirkan air mata ketika pertama kali mendengar tangisan bayi sulungnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia banyak pengalaman!” - Suraya Borhan minta nasihat Shiera sebelum melangkah ke bilik bersalin

"Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan, syukur sangat dan ini adalah penantian yang berbaloi.

Suraya bersyukur suaminya sempat berjumpa dengan bayi mereka selepas dilahirkan. Foto: @meenborhanphotography.

"Tak tergambar dengan kata-kata. Saya hanya menangis semasa mendengar tangisan pertama bayi saya dilahirkan. Syukur, Alhamdullilah. Ia momen yang tidak dapat dilupakan.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Alhamdulillah, saya dan bayi pun dalam keadaan sihat serta baik-baik saja," kata Suraya kepada mStar.

Suraya turut berkongsi berita gembira itu dan memuat naik foto pertama bayinya dengan menutup wajah di laman Instagram.

Suami juga tidak dibenarkan menemani saya dan hanya boleh jumpa baby apabila kami berada di rumah.

SURAYA BORHAN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan juga rakan selebriti.

Dalam pada itu, Suraya memberitahu PPUM kini tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang melawat sebagai langkah berjaga-jaga akibat penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Menurut Suraya, biarpun tiada pelawat namun dia bersyukur suaminya Mohd Johanif dapat melihat bayi perempuan mereka selepas dilahirkan.

"PPUM memang sangat strict sekarang ini sebab ambil langkah berjaga-jaga disebabkan wabak Covid-19. Pelawat memang tidak dibenarkan masuk.

Suraya merujuk kepada Shiera yang pernah melalui pengalaman bersalin.

"Atas nasihat doktor, suami juga tidak dibenarkan menemani saya dan hanya boleh jumpa baby apabila kami berada di rumah sahaja.

"Tapi nasib baik juga, dia dapat jumpa baby selepas dilahirkan dan dia dapat iqamat. Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan wabak ini sedang melanda," ujarnya.

Suraya dan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.

Suraya Borhan, Shiera, Suria FM

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain