suria

Radin, Haniff guna duit gaji bantu anak seni terjejas PKP - “Kami bukan kaya, tetapi pernah merasa tiada”

Haniff dan Radin bantu penggiat seni yang terjejas akibat PKP.

KETIKA banyak pihak mempertikaikan tindakan beberapa artis merayu kerajaan memperkenalkan insentif tertentu khusus untuk pekerja seni, muncul beberapa selebriti menghulurkan bantuan.

Antaranya penyampai radio Era FM iaitu Radin Amir Effendi dan Haniff Hamzah bersama rakannya yang dikenali sebagai Diyana Amira.

Kata Radin, mereka menggunakan sebahagian daripada pendapatan bulan Mac untuk disumbangkan kepada pekerja seni yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: “Jual la kasut, baju, jam semua tu” - Netizen jadi ‘bitter’, suruh Tomok mengadu kepada persatuan seni, bukan kerajaan

"Kami buat kumpulan WhatsApp 'Kami Bukan Kaya' untuk menolong sesiapa yang memerlukan bantuan.

"Kami belanjakan sebahagian daripada gaji untuk meringankan beban orang lain.

Perkongsian Haniff dan Radin di laman sosial.

"Jika ada yang perlukan bantuan, bolehlah mesej. Kami cuba sedaya upaya walaupun tak banyak. Kami bukan kaya, tetapi pernah merasa tiada," katanya.

Sementara itu Hanif menerusi Twitter turut menguar-uarkan mengenai hasrat murni mereka itu.

Haniff (kiri) dan Radin.

"Ok memandangkan aku dalam industri penyiaran dan hiburan, jika anda tahu siapa yang terjejas pekerjaannya dalam industri ni, yang perlu bantuan kewangan aku boleh share sikit gaji aku.

"DM (mesej peribadi) je. We keep it discreet," katanya.

Sebelum penyanyi Tomok dan Black Hanafiah menjadi mangsa kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.

Bagaimanapun terdapat salah faham kerana tidak memahami suara mereka itu adalah bagi mewakili pekerja seni lain khususnya di belakang tabir dan selebriti veteran.

Radin, Haniff Hamzah

Artikel Lain