“Saya bukan bodoh sangat... dah tunjuk mewah lepas tu nak minta bantuan” - Black Hanifah bengang dituduh suka meminta - Hiburan | mStar

“Saya bukan bodoh sangat... dah tunjuk mewah lepas tu nak minta bantuan” - Black Hanifah bengang dituduh suka meminta

Netizen salah faham dengan kenyataan Black berhubung bantuan untuk anak seni.

PENYANYI Black Hanifah berkata cadangannya supaya kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus disalah anggap oleh netizen.

Menurut Black, apa yang disuarakan itu bukan untuk diri sendiri, sebaliknya bagi pihak anak-anak seni ketika berdepan kesempitan hidup akibat ketiadaan kerja kerana wabak Covid-19.

"Saya nak terangkan apa yang dikatakan dalam akhbar semalam bukan untuk saya! Saya hanya suarakan bagi pihak artis yang memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jual la kasut, baju, jam semua tu” - Netizen jadi ‘bitter’, suruh Tomok mengadu kepada persatuan seni, bukan kerajaan

"Susah kalau netizen tak baca artikel penuh dan terus menghentam... saya sendiri akui banyak persembahan dibatalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi buat masa ini kewangan saya masih kukuh dan mencukupi.

"Saya masih ada simpanan untuk digunakan dan hanya suarakan kesusahan selebriti lain yang berdepan kesempitan hidup," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Black menerusi satu laporan akhbar meminta kerajaan membantu penggiat seni yang terjejas akibat lanjutan PKP sehingga 14 April depan.

Kenyataan Black disalah anggap oleh netizen.

Bagaimanapun, kenyataan Black itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen kerana beranggapan kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih susah dan memerlukan berbanding selebriti.

Sementara itu, penyanyi lagu Takkan Terpisah ini mengakui selepas tular artikel tersebut dia menerima kecaman hebat di laman sosial.

Saya harap apa yang saya suarakan itu dapat difahami oleh semua pihak, jangan ingat semua artis senang kerana masing-masing ada ujian hidup sendiri!

 BLACK HANIFAH

PENYANYI

"Ramai yang kecam saya di Instagram... ada yang kata sebelum ini saya tunjuk kemewahan, sekarang nak minta bantuan pula!

"Saya pun bukan bodoh sangat... dah tunjuk mewah, jalan sana sini di Instagram lepas itu takkan nak minta bantuan. Dalam isu ini saya hanya bawa suara mereka iaitu penggiat seni yang kesempitan hidup kerana tiada job.

"Bukan semua artis itu kaya, ada juga yang sedang berdepan kesulitan hidup dan mereka juga layak dibantu sama seperti rakyat Malaysia yang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Black turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan beberapa inisiatif untuk rakyat ketika berdepan saat getir ini.

Black hanya menyuarakan pandangan untuk anak seni lain.

Malah, dia juga memuji persatuan seni kerana turun padang membantu selebriti yang memerlukan.

"Semalam kerajaan umumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan, itu juga satu bentuk bantuan yang kita harapkan. Alhamdulillah, itu pun dapat membantu golongan selebriti yang tiada pendapatan tetap ini.

"Persatuan seperti Seniman turut membantu menghulurkan sumbangan kepada selebriti yang memerlukan tapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada persatuan semata-mata kerana mereka pun tiada dana yang banyak.

"Saya harap apa yang disuarakan itu dapat difahami oleh semua pihak, jangan ingat semua artis senang kerana masing-masing ada ujian hidup sendiri," ujarnya.

Black

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain