suria

Izzue Islam mula berjimat, PKP lanjut maknanya ‘job’ tak ada - “Tidak mahu lagi bazir dengan perkara mengarut”

Izzue kurangkan perbelanjaan membeli pakaian untuk penggambaran.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April mendorong pelakon dan penyanyi Izzue Islam mula mengawal perbelanjaan keluarga untuk kegunaan masa depan.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, sebagai permulaan dia merancang mengurangkan pembelian pakaian bagi tujuan penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PM umum lanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April

"Buat masa ini saya kena susun semula kewangan untuk hari-hari akan mendatang. Apa yang boleh jimat, kita jimat la.

Izzue perlu lakukan persediaan dari segi kewangan untuk hari-hari akan datang.

"Macam saya sendiri, selagi boleh berjimat, saya akan cuba. Tidak mahu lagi membazir dengan perkara yang mengarut dan benda yang tak penting.

"Sepatutnya saya kena buat persediaan baju untuk penggambaran tapi hanya 50 peratus sahaja sudah dipersiapkan. Ada banyak lagi kena beli tapi nak kena kurangkan sedikit," katanya kepada mStar.

Pada Rabu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini kepada 14 April depan.

Langkah itu perlu diambil bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Kalau ada yang masak banyak lauk dalam satu hari itu mungkin sebab dalam rumah ada ramai penghuni.

IZZUE ISLAM

PELAKON DAN PENYANYI

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Forteen ini turut memberi pendapat mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menjadikan aktiviti memasak secara berlebihan ketika dalam tempoh PKP.

"Itu terlalu peribadi untuk komen, sebab masing-masing ada cara kehidupan harian mereka. Kalau ada yang masak banyak lauk dalam satu hari itu mungkin sebab dalam rumah ada ramai penghuni.

"Ada orang seperti itu dan ada juga yang berjimat dengan masak sedikit sahaja. Mungkin selama ini susah nak makan sama tapi waktu ini la mereka gunakan peluang makan dan masak sama-sama.

"Sebenarnya tak kisah nak masak macam-macam, cuma kena buat persediaan untuk dua minggu yang akan datang sebab selepas ini kita tak tahu apa yang akan terjadi," ujarnya.

Artikel Lain