Azwan Ali mohon maaf selepas hospital buat laporan polis - “Ada yang suka Diva AA mulut celupar, tapi ada juga tersinggung” - Hiburan | mStar

Azwan Ali mohon maaf selepas hospital buat laporan polis - “Ada yang suka Diva AA mulut celupar, tapi ada juga tersinggung”

Azwan Ali buat permohonan maaf.

SUSULAN laporan polis berhubung perbuatannya menghina kakitangan perubatan Hospital Putrajaya, pengacara Azwan Ali akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut Azwan atau lebih dikenali Diva AA, dia kesal dengan tindakannya itu dan berharap isu ini dapat diselesaikan segera serta menjadi pengajaran kepada semua pihak.

"Saya Azwan Ali nak memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut Diva AA, nak buat macam mana dah memang macam tu!

ARTIKEL BERKAITAN: Artis mengadu terima layanan buruk, Hospital Putrajaya buat laporan polis - “Video berkenaan beri tekanan emosi kepada petugas”

"Saya mohon maaf secara terbuka kepada Hospital Putrajaya, para doktor dan pengurusan kerana content perutusan khas Diva AA bahagian tiga menjadi panas dan mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak-pihak tertekan dan diganggu emosi sebagainya.

"Kita ni kadang-kadang tak jaga mulut... bahasa, mungkin ada yang suka Diva AA mulut celupar maki hamun sana sini tapi ada juga pihak yang tersinggung. Kalau salah kita minta maaf jela," katanya.

Azwan Ali menyedari kata-katanya itu agak sensitif buat sesetengah pihak.

Azwan membuat permohonan maaf itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter pada malam Rabu.

Sebelum itu, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.

Laporan polis itu dibuat susulan video yang ditularkan oleh dua selebriti tanah air.

Sementara itu, Azwan berharap pihak Hospital Putrajaya bersikap terbuka menerima permohonan maaf itu dan  berjanji untuk menjamu rendang istimewa untuk pasukan perubatan hospital berkenaan.

Laporan polis dan kenyataan media yang dibuat pihak Hospital Putrajaya, Selasa lalu.

"Semestinya Diva AA mengutip setiap hikmah yang berlaku di sebalik kejadian tidak disangka ini, sekali lagi mohon maaf kepada pengurusan Hospital Putrajaya... buang yang keruh dan ambil yang jernih.

"Dah nak dekat puasa dan raya ini kalau ada rezeki Diva AA masakkan rendang Chef Diva AA dan sedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata Diva AA. Mohon maaf, kita ni hidup tak lama jadi di atas dunia ini jangan bagi orang dendam kepada kita!

"Harap Hospital Putrajaya bersikap terbuka dan menerima permohonan maaf ini! Kadang-kadang ada isu sedikit sensitif, Diva AA faham... semoga ini akan menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati sebelum berkata," ujarnya.

Sebelum ini mStar melaporkan kenyataan penyanyi senior Dayangku Intan berhubung pengalamannya ketika berada di Hospital Putrajaya.

Video berkenaan kemudiannya dikongsikan semula oleh pengacara Azwan Ali di Twitter yang dikatakan memburukkan pengurusan Hospital Putrajaya.

Azwan Ali , Hospital Putrajaya , Diva AA

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain