Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat - Hiburan | mStar

Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

Zizi berkongsi pengalamannya mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran. Foto: @zizikirana

DISEBALIK karakternya yang daring, seksi dan menggoda, siapa sangka penyanyi Zizi Kirana dahulu pernah bergelar seorang ustazah.

Berkongsi kisahnya kepada mStar, Zizi berkata selepas tamat pengajian di tingkatan lima, dia secara sukarela mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran di masjid kampung halamannya di Sipitang, Sabah.

"Selepas memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengajar budak-budak mengaji di masjid selama lebih tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tinggi betul imaginasi mereka!” – Zizi Kirana disamakan bintang porno

ARTIKEL BERKAITAN: “Blackpink seksi, saya pula kena tempias” - Zizi Kirana

"Rumah saya memang betul-betul depan masjid, jadi saya ambil tugas mengajar adik-adik yang baru nak mengaji dan sampai sekarang orang kampung memang tahu saya dulu pernah mengajar agama.

Tiga tahun Zizi mengajar mengaji di sebuah masjid di Sabah.

"Selepas mengajar mengaji, bermulalah karier saya sebagai penyanyi nasyid bersama kumpulan Zaiyan dan akhirnya menjadi penyanyi komersial seperti sekarang ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, meskipun sibuk dengan karier nyanyian, Zizi memberitahu dia tidak pernah lupa membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.

"Sampai sekarang saya selalu amalkan baca Yasin dengan niat sedekahkan kepada keluarga dan mereka yang sudah tiada.

Zizi memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi kumpulan nasyid, Zaiyan.

"Kalau saya rasa susah nak tidur, saya buka Al-Quran dan berzikir. Ayat-ayat suci itu membuatkan saya tenang dan rasa tenteram.

"Secara jujurnya, saya pun masih lagi belajar tentang agama dan doakanlah supaya saya menjadi manusia yang lebih baik selepas ini," ujarnya.

Sebelum ini, Zizi menerima pujian dan komen positif peminat apabila memuat naik foto dirinya mengenakan tudung di Instagram.

Penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini menyambut baik komen tersebut dan mengucapkan terima kasih atas doa dan memberitahu akan mengenakan tudung jika dirinya sudah benar-benar bersedia.

Zizi Kirana

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain