suria

Tak tahu nak 'describe feeling' sakit tu macam mana! - Elfira mengadu sukar nak puasa

Elfira berkongsi pengalaman berpuasa di awal kehamilan.

PELAKON Elfira Loy yang kini sedang hamil anak sulung berkongsi pengalaman sukar pada hari pertama berpuasa.

Menurut Elfira atau nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, dia cuba bertahan meskipun badannya berasa kurang selesa, loya serta kembung perut.

"Okay, hari ini hari pertama saya cuba berpuasa. Memang agak tough halfway rasa loya, muntah angin dan tak selesa sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tak datang bulan, rupa-rupanya Elfira Loy dah hamil!

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah tentu saya lalui fasa heartbroken” - Elfira Loy

"Tak tahu nak describe feeling sakit tu macam mana tapi cuba, so i took a nap (tidur sebentar), bangun masak dah berbuka.

Perkongsian pengalaman pertama Elfira berpuasa semasa kehamilan.

"Masa berbuka, memang rasa nak pengsan tak boleh masuk makanan tapi Alhamdulillah now I feel like eating again (sekarang rasa nak makan lagi)," tulisnya.

Sementara itu, Elfira berkata doktor ada memaklumkan kepadanya bahawa tiada masalah untuk ibu mengandung berpuasa di bulan Ramadan.

"The doctor said its fine to pregnant woman to puasa even its their first/second/third trimester. (Doktor beritahu tak ada masalah untuk wanita mengandung berpuasa).

"Alahan ni ikut nasib kot, tapi El selalu tahan je," katanya.

Suami jadikan Elfira kuat dan bersemangat.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu dia juga berhadapan cabaran untuk menunaikan solat terawih.

Namun cerita Elfira, dorongan suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar untuk menunaikan solat terawih bersama membuatkan dia kembali bersemangat.

"Puasa setahun sekali je. Bila suami ajak buat sekali (solat bersama) dan you cakap penat tapi dia ajak je... so it motivates me to just kuatkan dan solat.

"Solat terawih satu cabaran untuk saya. Semalam pergi sakit belakang sangat dan rasa tak selesa sebab macam mengah," tulisnya.

Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 lalu di sebuah majlis tertutup dan kini sedang hamil anak pertama.

Elfira Loy

Artikel Berkaitan

Artikel Lain