Kesedihan Ali Puteh terubat, kini dikurniakan cahaya mata lelaki

Ali Puteh timang anak ketiga pada Jumaat.

KISAH duga pelawak Ali Puteh atas kehilangan anak perempuan pada usia tiga bulan tahun lalu kini terubat apabila isterinya Melati Fitri selamat melahirkan anak lelaki pada pagi Jumaat.

Bayi seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan kira-kira pukul 4 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah salam subuh penghulu segala hari Jumaat... isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah!," tulis Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: Diuji kehilangan anak dan abang kandung dalam masa tiga bulan antara 10 fakta mengenai kehidupan Ali Puteh

Beberapa jam sebelum kelahiran, adik kepada arwah Abam ini ada memuat naik foto isterinya terbaring di katil menanti waktu bersalin di hospital berkenaan.

Isteri Ali kongsi maklumat kelahiran di Instagram.

Dalam perkongsiannya itu, Ali memohon orang ramai mendoakan supaya proses kelahiran anak ketiganya itu dipermudahkan.

"Salam semua... insyaAllah semoga semua dipermudahkan urusan menunggu kelahiran darimu Ya Allah... kuat semangat ibu!," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali dan isteri sepakat menamakan anak lelaki mereka itu Syed Umar Iskandar.

Alhamdulillah salam subuh penghulu segala hari Jumaat... isteri saya selamat melahirkan anak lelaki

ALI PUTEH

PELAWAK

Pasangan ini memiliki dua orang anak iaitu Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

Bagaimanapun, Ainul Mardhiah meninggal dunia setelah tiga bulan bertarung nyawa akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang pada 26 November tahun lalu.

Anak perempuannya yang berusia tiga bulan itu menghembuskan nafas terakhir ketika Ali sedang bersaing di pentas Maharaja Lawak Mega 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain