suria

Suami bimbang Faye Kusairi aktif ketika hamil empat bulan - “Dia dah masak dengan perangai saya”

Suami bimbang Faye aktif ketika sedang hamil.

MESKIPUN usia kandungan sudah mencecah empat bulan, pelakon Faye Kusairi tetap kelihatan aktif dalam bidang seni, permotoran dan perniagaannya.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, mengakui suaminya iaitu pengarah Azmi Hatta berasa bimbang dengan aktiviti yang dilakukan setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Faye Kusairi terharu pengorbanan adik ipar sebagai 'frontliner' bekerja 24 jam - “Dia tak mengadu tapi kami bantu naikkan semangatnya”



Faye tetap akan aktif selepas bersalin nanti.

"Suami mana yang tak bimbang tapi sebab dia dah masak dengan perangai saya yang tak senang duduk ni. Jadi, dia sentiasa pesan kat saya supaya selalu berjaga-jaga dan elak terlalu aktif la.

"Selepas bersalin, Insya-Allah saya tetap akan aktif dalam karier seni jika masih ada tawaran yang diberikan. Begitu juga dengan penglibatan sukan permotoran dan perniagaan.

"Saya akan cuba yang terbaik untuk bekerja dalam masa yang sama menguruskan keluarga yang sememangnya menjadi keutamaan saya," kata Faye kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu itu berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.



Faye bersama suami dan anak lelaki mereka.

Dalam pada itu, Faye memberitahu dia mengalami alahan yang sangat teruk pada trimester pertama sehingga menyebabkan berat badan turun sebanyak 4 kilogram.

"Sewaktu dalam fasa trimester pertama saja agak teruk alahan yang saya alami tapi sekarang dah masuk fasa kedua, Alhamdulillah semakin baik. Doktor memang ada beritahu setiap pengalaman hamil ada perbezaan.

"Jadi, untuk saya sendiri memang ada perbezaan yang ketara. Dengan Alif dulu, ada juga alahan tapi tidak seteruk sekarang. Saya hilang 4 kilogram semasa trimester pertama," ujarnya.

Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi pada 9 April 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Faye Kusairi, Azmi Hatta,

Artikel Lain