suria

Nak menang sebahagian wang tunai berjumlah RM50,000? Jadi pemanggil terpantas di Suria

Menang wang tunai berjumlah RM50,000 bersama Suria.

STESEN radio Suria melancarkan kempen #SURIABAGIDUIT..HUNTONGLAH dan #ISSEYAJAKFIZINYANYI mulai 9 Mac sehingga 17 April depan dengan menawarkan sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM50,000!

Pendengar hanya perlu jadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil peraduan di segmen utama Suria FM iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria/Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Menerusi kempen #SURIABAGIDUIT..HUNTONGLAH yang akan bermula pada 9 Mac sehingga 27 Mac ini, pemanggil pertama perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh penyampai Suria dalam masa 30 saat. 

Cara-cara menangkan wang berjumlah RM50,000.

Setiap jawapan bernilai RM50 dan pemenang akan memenangi wang tunai berdasarkan jumlah jawapan yang betul. Pemenang juga berpeluang memenangi wang tunai tambahan di waktu bonus.

Manakala kempen #ISSEYAJAKFIZINYANYI yang akan bermula pada 30 Mac sehingga 17 April ini pula, pemanggil berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM250.

Tiga lagu mash up akan dinyanyikan oleh Issey, Ajak dan Fizi dan pemanggil pertama harus meneka tiga tajuk lagu beserta penyanyi dengan betul. Apabila jawapan salah, duit akan digandakan pada segmen seterusnya. 

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, kempen ini dijalankan bagi menghargai pendengar setia Suria di seluruh Malaysia selepas pembatalan penganjuran Jelajah Suria 2020 ekoran penyebaran wabak Covid-19.

“Bukan itu sahaja, Suria juga akan menghidangkan beberapa program baru menerusi platform digital kami antaranya SURIA DUO X dimana pendengar akan dapat menyaksikan persembahan gabungan penyanyi lama dan penyanyi baru seperti Ezad Lazim, Azlan (The Typewriter), Siti Sarah, Syamel, Ara Johari dan Aina Abdul.

“Selain itu, Suria juga akan meneruskan inisiatif JOM POW SURIA VERSI SELEBRITI dimana pendengar berpeluang memenangi barangan peribadi artis-artis popular menerusi siaran langsung di Facebook Suria Malaysia (FB Live)”, tambah DJ Lin

Suria, DJ Lin, Ajak, Issey, Fizi, kempen

Artikel Lain