suria

Pereka fesyen selebriti Rizman bakal jadi bapa, isteri hamil empat bulan - “Alhamdulillah, syukur kami dihadiahkan anugerah paling berharga”

Rizman bersyukur isteri kini sedang hamil empat bulan.

PEREKA fesyen jenama terkenal Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nurida Suraya kini hamil empat bulan.

Rizman, 36, meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling berharga dan amanat daripada Allah yang diberikan kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Pereka fesyen selebriti Rizman dan pasangan selamat diijab kabul

"Alhamdulillah... dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga.

Rizman kongsi berita gembira di Instagram.

"Ihsan dan amanat daripada yang Esa. Usianya kini sudah masuk bulan ke empat," tulis Rizman menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Rizman yang juga pereka fesyen selebriti tempatan ini turut berkongsi rakaman imbasan bayi dalam kandungan isterinya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Kepada ratu cantik saya Nurida Suraya, terima kasih untuk anugerah ini. Moga Allah permudahkan segalanya untukmu.

RIZMAN NORDIN

PEREKA FESYEN

Dalam pada itu, Rizman turut berterima kasih kepada isterinya dan mendoakan agar dipermudahkan urusan sepanjang proses kehamilan tersebut.

"Kepada ratu cantik saya Nurida Suraya, terima kasih untuk anugerah ini. Moga Allah permudahkan segalanya untukmu.

"Ya Allah Ya Tuhanku, semoga anugerah pinjamanMu ini dilahirkan cukup sifat, seindah makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan.

"Dan dengan kehadirannya, dapat kami didik dia ke jalanMu, yang akan membawa kami ke syurgaMu," katanya.

Rizman dan Nurida berkahwin selepas setahun mengenali hati budi.

Rizman dan Nurida disatukan sebagai suami isteri pada 13 September tahun lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing.

Majlis perkahwinan mereka turut dihadiri selebriti terkenal seperti Siti Nurhaliza, Fattah Amin bersama isterinya, Nur Fazura, Nazim Othman dan Alvin Chong. 

Artikel Lain