suria

Tahniah! Pereka fesyen selebriti Rizman dan pasangan selamat diijab kabul

Pasangan raja sehari Rizman dan Nurida Suraya selamat diijabkabulkan.

HANYA dengan sekali lafaz, pereka fesyen selebriti tanah air jenama Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nurida Suraya.

Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.

Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan mereka di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi Jumaat.

Majlis berkenaan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat.

Majlis pernikahan Rizman Ruzaini diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Detik indah ini sempat dikongsikan menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik Siti Nurhaliza yang hadir pada majlis istimewa itu.

"Alhamdulilah. Tahniah buat sahabatku Rizman dan Nurida Suraya," tulisnya.

Selain Siti Nurhaliza, beberapa artis popular yang juga rakan baik pasangan pangantin turut menyerikan majlis, antaranya Fattah Amin dan isteri Fazura, Nazim Othman dan Alvin Chong.

Pasangan raja sehari ini bagai pinang dibelah dua dengan mengayakan persalinan berwarna putih. 

Rizman Ruzaini

Artikel Lain