suria

Sunny Suwanmethanont, Mai Davika bersatu dalam ‘My Ambulance’… rasai cinta mereka secara eksklusif di Dimsum!

Sunny Suwanmethanont bergandingan dengan Mai Davika menerusi drama ‘My Ambulance' di Dimsum.

SELEPAS drama Heart Attack, pelakon popular Thailand, Sunny Suwanmethanont muncul kembali bergandingan bersama pelakon Mai Davika menerusi drama My Ambulance.

Menerusi drama romantik komedi ini, Sunny, 38, membawa watak utama sebagai doktor bernama Ben ditugaskan di wad kecemasan sebuah hospital.

Ben menjalinkan hubungan cinta dengan Tandawan lakonan Mai Davika selama 17 tahun sehingga tercetus konflik dalam percintaan mereka.

Pasangan itu mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kekasihnya Tandawan hilang ingatan.

Bermula daripada insiden itu, Doktor Charam muncul dan perasaan Tandawan terhadap doktor yang merawatnya itu sama seperti perasaan dia terhadap Ben dahulu.

Namun apa pula yang menimpa nasib Ben selepas kemalangan itu?

Saksikan My Ambulance yang ditayangkan di Dimsum setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 9.10 malam bermula 6 September lalu.

Selain Sunny Suwanmethanont dan Mai Davika Hoorne, drama ini turut dibintangi oleh Sky Wongravee Nateetorn, Bank Thiti Mahayotaruk dan Thanaerng Kanyawee Songmuang.

Endless Love

Selain My Ambulance, Dimsum turut menyajikan drama berjudul Endless Love yang ditayangkan pada setiap Ahad.

Drama siri Endless Love mengisahkan Min yang dilakonkan oleh Violette Wautier yang percaya akan dijodohkan dengan Phon (Gy Sivakorn Lertchoochot).

Namun begitu, dia telah jatuh cinta dengan Day lakonan Lee Thanat Lowk Hunsombat dan mereka akan bertunang.


Kasih yang tiada henti... drama Endless Love bakal menemui peminat di Dimsum pada setiap hari Ahad.

Min mengelakkan dirinya daripada Phon kerana bapanya pernah terlibat dengan kes langgar lari yang melibatkan ibu Min sehingga dia mati.

Day yang sedih memilih untuk menghilangkan daripada mendedahkan jenayah ayah Min.

Beberapa tahun kemudian, Min perlu memilih sama ada untuk meneruskan hidupnya sendiri atau meminta pengampunan daripada Day demi cinta mereka.

The Sand Princess

Selain itu, drama The Sand Princess pula akan ditayangkan di saluran Dimsum pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Drama ini mengisahkan hubungan baik rakan sekolah antara Jinpat (March Chutavuth Pattarakhumpol) dan Khot (Baifern Pimchanok Luevisadpaibul). 

Manakala Kiragorn (Dan Worrawech Danuwong) iaitu abang kepada Jinpat pernah bertunang dengan Apisada.


Sebelum Jinpat dan Apisada berkahwin, Apisada meninggalkan Kiragorn untuk bersama dengan Jinpat.

Pada masa yang sama, Jinpat menghamilkan seorang wanita dan mengupah Khot untuk menjadi ibu kepada anaknya.

Hidup Khot menjadi semakin rumit selepas dia bertemu dan jatuh cinta pada Kiragorn yang sudah patah hati.

Artikel Lain