suria

Wow! Rama-rama terbesar di dunia Atlas Moth lambang cinta sejati Tasha Shilla dan suami

Tasha dan suami bergambar bersama rama-rama terbesar di dunia. Foto: @cstproduction.

MAJLIS resepsi pelakon Tasha Shilla dan pasangannya, Muhammad Atiq Idris yang berlangsung di Bayswater, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada malam, Ahad mencuri perhatian netizen apabila dikejutkan dengan kemunculan beberapa ekor rama-rama terbesar di dunia iaitu Atlas Moth.

Pemilihan konsep Magical Love Night seperti berada di dalam sebuah taman yang cantik memberikan suasana begitu romantik bagi meraikan pasangan mempelai tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tasha dan suami masuk kelas agama selepas berkahwin - “Kami sama-sama nak perbaiki diri”

Menurut Tasha, kehadiran rama-rama itu sebagai simbolik cinta sejati dia dan suaminya Muhammad Atiq Idris.

Sesi memotong kek pasangan ini diserikan dengan kemunculan rama-rama Atlas Moth.

Tasha, 33, mengucapkan terima kasih kepada pihak Taman Rama-Rama & Reptillia Melaka yang membawa rama-rama tersebut di majlis bahagianya.

"Butterfly Atlas Moth lambang cinta sejati. Atlas Moth adalah kupu-kupu yang terbesar di dunia. Atlas Moth lambang cinta sejati, hanya satu kali bercinta.

"Cinta hanya untuk yang satu. #AtiqxTasha #TashaxAtiq. Penghargaan terbesar diberikan kepada Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka," kata Tasha.

Atlas Moth lambang cinta sejati, hanya satu kali bercinta.

TASHA SHILLA

PELAKON

Tasha berkongsi perkara itu di Instagram dengan memuat naik beberapa foto memperlihatkan rama-rama itu berada di tangannya.

Pada majlis itu, Tasha menggayakan dua busana daripada pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat.

Penyanyi Hafiz Suip turut menyerikan majlis itu dengan menyanyikan beberapa buah lagu popularnya manakala pelakon Fahrin Ahmad sebagai pengacara majlis.

Tasha mengayakan busana rekaan Hatta Dolmat.

Tasha sah bergelar isteri kepada Atiq atau Muhammad Atiq Idris, 33, dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.

Menurut Tasha, dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana berasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

Pelakon drama Kamar Kamariah ini merancang untuk menetap di Singapura bersama suaminya yang bekerja dalam bidang kewangan di sana. 

Tasha Shilla, Atlas Moth, Rama-Rama

Artikel Lain